Siapa yang tidak kenal dengan content creator dalam bidang masakan iaitu Khairul Aming?
Content ataupun kandungan yang diterbitkan di laman sosial sering kali menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana jenamanya tetapi juga seiring dengan kualiti.
Lihat sahaja apabila bulan ramadhan menjelma, Khairul Aming akan mula mempromosikan kandungan masakannya yang dikenali dengan ’30 Hari 30 Resepi’.
Melalui kandungan yang disiarkan setiap hari di laman sosialnya, Khairul berkongsi resepi masakan untuk umat islam yang ketika itu sedang menjalani ibadah berpuasa.
Namun baru-baru ini tular tentang Khairul Aming yang dikatakan diikuti oleh Tun Mahathir di laman sosial tiktok.
Anak muda itu turut menjadi satu-satunya individu yang diikuti oleh bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut.
Terdahulu, Khairul Aming berjaya membuka kilang yang kedua bagi perniagaan produk sambalnya. Kejayaan tersebut mendapat perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baca juga: Tular tangkap layar perbualan ibu Zayn Rayyan, dakwa tidak pernah berhenti mencari pembunuh anak