Sampai hati cikgu! Hanya kerana bersembang di dalam kelas, pelajar didenda buat squat 200 kali sampai rosak buah pinggang

Pelajar yang nakal dan melakukan kesalahan sewajarnya diberikan hukuman agar mereka sedar akan kesilapan mereka. Hukuman yang dikenakan juga hendaklah wajar dan tidak memudaratkan pelajar.

Baru-baru ini seorang cikgu telah bertindak mendenda seorang pelajar dengan memaksanya melakukan 200 kali senaman cangkung (squat) dan berlari mengelilingi sekolah sehingga dia mengalami kerosakan buah pinggang.

Memetik Buletin TV3, difahamkan bahawa kejadian ini terjadi pada 12 September dan berlaku di Sekolah Menengah Quantang daerah Changsha di Kota Jingzhou, Ningxiang, wilayah Hunan, China.

Pelajar terbabit dihukum oleh guru lelaki kerana bersembang di kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pelajar terbabit mengadu sakit otot kepada bapa saudaranya selepas didenda berlari dan senaman cangkung (squat) 200 kali.

Selain itu, dia juga memberitahu keluarganya bahawa setiap kali mahu buang air kecil, air kencingnya berwarna seperti seakan-akan teh.

Lebih parah lagi, pelajar terbabit turut dipaksa oleh gurunya yang lain untuk berlatih larian, walaupun pelajar itu sudah memohon untuk bercuti disebabkan keadaannya yang masih belum pulih. Sewaktu menghabiskan enam pusingan larian, dia pengsan dan ibunya dipanggil untuk membawanya pulang.

Ibu terus membawanya ke Hospital Rakyat Ningxiang selepas didapati bahawa air kencingnya berwarna merah. Dia disahkan berada dalam keadaan kritikal dan dipantau oleh unit rawatan rapi (ICU)dengan risiko buah pinggang remaja itu kemungkinan gagal berfungsi jika lewat sejam.

Menurut doktor, pelajar itu disahkan cedera otot dan kemungkinan boleh meninggal dunia jika lambat dibawa ke hospital akibat kegagalan buah pinggang.

Menurut laporan berita tempatan, Biro Pendidikan Kota Ningxiang sudah membuat permohonan maaf kepada keluarga dan memecat serta menggantung tugas guru-guru yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Baca juga: Selalu rasa rezeki sempit? Ustazah ini ajar amalan untuk menarik rezeki