Bergambar adalah salah satu cara untuk kita menyimpan sesuatu memori atau kenangan untuk dikenang bersama. Disebabkan itulah ramai yang memillih untuk bergambar apabila bercuti di sesuatu tempat.
Baru-baru ini satu video telah tular yang menunjukkan sepasang suami isteri sedang asyik bergambar di atas sebuah batu dan di belakang mereka merupakan ombak deras.
Pasangan itu kelihatan sanagt teruja untuk bergambar mungkin kerana seronok melihat arus itu dan juga untuk dijadikan satu kenangan bersama.
Walaupun arus kelihatan semakin besar namun, pasangan itu tidak berganjak dan masih cuba untuk merakam gambar kenangan.
Keluarga mereka yang dipercayai membantu mengambil gambar mereka juga teruja melihat pasangan tersebut.
Namun, malang tidak berbau si isteri gagal menyeimbangkan badan lalu terjatuh ke dalam arus deras itu. Wanita itu juga hanyut dibawa arus.
Ahli keluarga mulai panik memanggil wanita itu termasuklah anaknya. Namun, wanita itu dikatakan gagal diselamatkan dan telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Baca juga: Ramai tak tahu rupanya kampung Yahudi pernah wujud dekat Malaysia