Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib yang dialami adik ini yang telah kehilangan kedua belah kakinya kerana ingin selamatkan kucing.
Memetik laporan Tribun News, ketika kejadian mangsa, Nabila Febrianti melihat seekor kucing berada di tengah jalan raya di Labuhan Batu, Sumatera Utara di Indonesia.
Dia kemudian berlari ke arah kucing tersebut kerana haiwan itu hampir dilanggar lori yang sarat dengan muatan simen.
Susulan itu, Nabila dikejarkan ke Hospital Rantau Prapat untuk mendapatkan rawatan manakala kucing tersebut berjaya diselamatkan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua belah kaki Nabila terpaksa dipotong dan dia kini masih menjalani rawatan di hospital.
Kisah menyayat hati itu tular di media sosial dan meraih perhatian warganet apabila tersebar gambar kanak-kanak tersebut yang kelihatan masih tersenyum walaupun kehilangan kakinya.
Baca juga: MAHB fail tuntut caj tertunggak RM78 juta daripada AirAsia X