Mendapat gaji yang lumayan sehingga mencecah ratus ribu dalam masa yang singkat apatah lagi kerja pula di tengah laut yang hanya kerja 5 hari sahaja gaji boleh mendapat RM333K. Lumayan kan!
Kerja itu umpama menangkap ketam yang merupakan salah satu jenis seafood yang popular, apalagi ketam besar Alaska ini, seekor je boleh dijual dengan harga hampir RM 666.00.
Tapi memang ada alasannya kenapa disebalik harganya yang begitu mahal?
Ini kerana setiap ekor ketam Alaska yang ditangkap adalah sangat sukar dan berbahaya.
Disebabkan penangkapannya yang sangat sukar dan berbahaya, maka untuk membayar orang yang sanggup menangkapnya juga sangatlah tinggi!
Pekerjaan nelayan ini merupakan salah satu pekerjaan paling berbahaya di dunia, kemungkinan untuk tercedera adalah 50 kali lebih besar daripada pekerjaan lainnya.
Walaupun setiap tahunnya cuma ada 2 bulan untuk menangkap ketam ini, tapi setiap pekerja yang bekerja 5 hari saja sudah boleh mendapatkan RM 83k sampai RM 333k.
Walaupun pekerjaan ini memberikan pulangan gaji sedemikian tinggi, orang yang rela melakukannya sangatlah sedikit.
1.Suhu teramat sejuk, kerja 20 jam setiap hari
Pergi Genting Highlands pun menggigil semacam, inikan nak kerja di tengah-tengah laut bersuhu bawah 0 darjah celsius 20 jam setiap hari? Confirm beku otak macam tu!
2.Kerja 5 hari je : dapat RM83K – RM333K
Wah, sama je macam kerja di pejabat : sejuk, nyaman, cuma.. Pekerjaan ni sangatlah merbahaya kerana kemungkinan untuk tercedera adalah 50 kali lebih besar berbanding yang lain.
3.Luka sana sini, takda hal lah!
Kerja mana yang tak berisiko, susah, mencabar kan? Bila dah turun laut nak tangkap ketam, kena sentiasa alert kerana si penangkap terdedah dengan bahaya : serangan sepit ketam yang boleh mencederakan. Sebab itulah, luka di badan memang dah biasa. Berbaloi lah dengan bayaran yang ditawarkan, banyak tu!
4.Sebelum kerja, enjoy dulu seolah hari terakhir hidup
Sebelum gadai nyawa di laut, pekerja-pekerja ni akan makan-makan sambil enjoy, kerana mungkin ianya hari terakhir mereka bernafas dan peluang untuk pulang tu 50/50.
Hanya perlu menangkap ketam, tapi inilah antara kerjaya gaji tertinggi di dunia tapi pekerja yang paling sedikit. Ini rupanya sebab ketam besar gedabak di restoran, mahal melampau-lampau. Jaranglah nak dengar, peluang kerja gaji setanding dengan profesyen seperti pilot, engineer tapi kurang permohonan.
Pelik kan? Di Alaska, tak perlu sijil tinggi melangit pun boleh raih gaji serendah RM80K ++!
Baca juga: Ayahanda NGO Islam dikenali ramai kantoi raba dada setiausaha sendiri