Hanya perlu bersolek dan berbelanja, wanita ini terima nafkah sebanyak RM2.1 juta selepas menjadi isteri kelima hartawan Dubai

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Wanita ini dikategorikan sebagai sangat bertuah kerana ditakdirkan untuk berkahwin dengan seorang jutawan Dubai.

Wanita Thailand itu, Muna Al Sarunee merupakan seorang ibu tunggal beranak dua. Pada awalnya berkenalan pada tahun 2010.

Meskipun dia tahu Ahmed seorang jutawan, tidak pernah dia terfikir akan menjadi isteri kepada hartawan itu kerana masih berkawan.

Namun Ahmed yang lebih banyak menunjukkan usaha untuk menawan hati Muna dan mereka  menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun.

Pada usia di hampir 60 tahun, Muna akhirnya dilamar oleh lelaki itu dan menjadi isteri kelima beliau.

Bercerita tentang madunya, dia mengatakan kesemua isteri Ahmed tinggal bersama di bawah satu bumbung di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Dia juga tidak dibenarkan bekerja.

“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah.”

“Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.”

Apa yang mengejutkan, Muna menerima nafkah berjumlah 1.7 juta dirham bersamaan RM2.1 juta setiap bulan. Dia juga mempunyai 16 pembantu untuk menguruskan kehidupannya dan 20 pengawal peribadi.

Baca juga: Tragedi berkelah ragut dua nyawa, lapan dikhuatiri lemas dibawa arus kepala air