Hanya sebab buku komik dari Malaysia ini, rakyat Indonesia ramai-ramai pakat turun merusuh

Buku komik dari Malaysia ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Indonsia dengar cerita ia telah memburukkan pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Oleh itu, rakyat Indonesia turun mengadakan protes jalanan disebabkan kandungan dalam buku komik kartunis kelahiran Malaysia baru-baru ini.

Ia adalah episod terbaharu dalam siri protes jalanan yang berlangsung diantara dua negara. Ini bukan kali pertama dua negara ini ‘berantam’.

Bagaimanapun, dalam episod terbaharu kali ini, Corong Rakyat sebuah kumpulan bukan kerajaan telah turun ke jalanan membantah penjualan dan cetakan buku komik.

Kumpulan ini juga menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey yang didakwa warganegara Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa bahawa kandungan komik tersebut telah sengaja melukakan hati Pekerja Migran Indonesia di Malaysia dan negara lain.

Apakah Kandungan Komik Tersebut?

Sebelum ini, sebuah buku komik berjudul When I Was a Kid edisi ke-3 didapati dijual di beberapa kedai buku di Malaysia. Salah satu komik ini menceritakan kandungan sensitif yang didakwa memburukkan Pekerja Migran Indonesia (PMI).

Di muka surat 154, seorang bapa memperkenalkan anaknya kepada seorang pembantu rumah (PRT) yang berasal dari Indonesia sebagai seekor monyet kerana dia memanjat pokok kelapa di belakang rumah.

Dan buku itu masih dijual di salah satu kedai buku terkemuka di Malaysia. Selain itu, buku tersebut telah diedarkan di beberapa media, blog peribadi, akaun Goodreads dan telah dibaca oleh ratusan orang dari pelbagai latar belakang.

Beberapa karya beliau turut dijual di galeri di AS dan Asia. Sementara itu, komik berjudul When I Was a Kid 1 adalah yang paling laris pada Mei 2012. Sementara itu, When I Was a Kid edisi ke-3 mula diterbitkan pada 1 Januari 2014.

Disebabkan itu Corong Rakyat telah mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat dan selain itu, mereka juga mahu kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas terhadap penulis komik tersebut.

Aksi protes yang berlangsung selama sejam ini turut membakar komik sebagai bentuk kekecewaan dan bantahan berhubung kandungan komik tersebut yang sengaja melukakan hati Pekerja Migran Indonesia di Malaysia dan negara lain.

Baca juga: Menyusahkan orang lain nak keluar terhegeh-hegeh- Seksanya kereta ‘lowered’ keluar parking buat orang ramai marah