Hanya tegur sebar video lucah lalu dibalas tandangan secara curi di kepala-Ketua kelas ‘lumpuh’

Hanya tegur kawan kerana sebar video lucah lalu dibalas tandangan secara curi di kepala akibatnya ketua kelas ‘lumpuh’.

Seorang ibu pelajar sekolah asrama kecewa apabila anak lelakinya tidak dapat menggerakkan badan akibat ditendang curi oleh rakan sekolah.

Memetik perkongsian Facebook, pelajar itu ditendang di kepala kerana hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan dan menyedihkan. Bagaimanapun didoakan ibu ini kuat dan tabah.

Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

Bilamana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.

Fikry, my sweet little boy…bagi yang mengenali fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri.

Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yan menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi)

Mujur Allah pelihara fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara.

Update terkini, fikry sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Doakan anak saya Malik ElFikry sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat.

Report polis telah dibuat.