Hanya tinggal di ladang milik isteri, ini dia Perdana Menteri paling miskin di dunia

Ia adalah situasi biasa apabila gaya hidup ahli politik adalah jauh berbeza daripada mereka yang melantik mereka, iaitu rakyat. Namun, ia tidak begitu di Uruguay. Di negara ini satu ketika dulu, perdana menterinya tinggal di rumah ladang yang usang dan mendermakan sebahagian besar daripada gajinya.

José Alberto “Pepe” Mujica Cordano, merupakan seorang ahli politik yang juga berkhidmat sebagai Presiden Uruguay ke-40 dari 2010 hingga 2015. Sebelum itu, Jose berkhidmat sebagai Menteri Ternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 hingga 2008.

jose mujica presiden negara yang paling miskin di dunia 8

Melihatkan rumah yang didiami beliau, pasti anda tak menyangkakan ia adalah rumah seorang presiden negara. Kediaman Jose tersangat berbeza dengan kediaman majoriti ketua negara-negara yang lain.

Beliau membuat keputusan untuk tidak tinggal di rumah mewah yang disediakan untuk pemimpin tertinggi ini, dan memilih untuk tinggal di rumah ladang milik isterinya di luar bandar ibu negara Uruguay, Montevideo.  

Tempat mencuci baju terletak di luar dan sumber air datang daripada telaga di belakang rumah. Hanya terdapat 2 orang polis dan seekor anjing cacat, Manuela, menjadi pengawal di kediamannya.

Jose dikatakan berjiwa rakyat dan sangat merendah diri kerana beliau datang daripada keluarga yang susah di mana bapanya bankrap dan ibunya sangat miskin ketika beliau kecil.

Baca: Rosak pekat dah ‘Type W’, yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan tapi dia boleh pula