Hanya tinggal Khairul Aming, ustaz ini beri 2 sebab tak lagi jadikan Hafiz Mahamad figura contoh pelajar sekolah

Tidak seperti Khairul Aming yang dipuji orang ramai, nama pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad terus ‘disenaraihitamkan’ termasuk kalangan warga sekolah bergelar ustaz.

Video yang dimuat naik sendiri oleh Hafiz dengan memaparkannya bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangan wanitanya untuk mencium Hajar Aswad dilihat ‘membunuh’ imejnya sendiri.

Heboh perangai berlebihannya demi ‘content’ yang menampakkan bentuk badannya akibat ihram tertanggal sehingga mengundang teguran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ikuti luahan rasa terkilan bekas guru yang kini perunding pelajar sekolah, Ustaz Nik Affenddy (UNA) berkenaan Hafiz Mahamad yang pernah diangkatnya sebagai figura contoh untuk remaja:

Pesan kepada anak-anak, mencontohi hanya kepada orang yang betul sahaja.

Sebelum ini, saya suka dengan karakter dan imej Hafiz Mahamad ini.

Saya selalu jadikan dia dan Khairul Aming sebagai figura contoh untuk peserta remaja saya, sama ada program di sekolah atau luar sekolah.

Sebab apa? Sebab anak muda sekarang nak sangat mencontohi “influencer”. Bahkan, ada yang nak jadi macam mereka.

Maka, dari biarkan mereka mencari yang tak betul, baik saya tunjukkan yang sepatutnya mereka “follow” dan jadikan inspirasi hidup.

Saya pilih Khairul Aming dan Hafiz Mahamad ni.

Saya siap tunjukkan latar belakang pengajian dan perkembangan bisnes mereka. Juga video-video kebajikan yang mereka buat dengan team dan orang ramai.

(Boleh rujuk gambar slide di bawah. Ini sebahagian isi slide semasa saya kendalikan modul bertajuk HALATUJU dan MATLAMAT HIDUP)

Bagi saya, kedua-dua mereka ini ada IMEJ YANG BAIK. Sering menonjolkan sisi yang baik-baik dan tidak merapu seperti yang lain-lain.

Khairul Aming hanya selalu tunjukkan video masak, inspirasi kejayaan dan juga kebajikan kepada team dia.

Sama juga Hafiz Mahamad. Kebaikan dia pada isterinya boleh dijadikan idola anak-anak muda terutama kepada lelaki baran dan bengis tak bertempat dengan isteri.

Itu yang wajar dicontohi (walau kadang agak melampau sedikit mesra tu)

Tapi, setelah 2 episod yang melampui adab dan batas, saya dah mula keluarkan content tentang Hafiz dari pengisian program saya akan datang.

NO MORE. Ada 2 sebab.

Pertama, apabila isu dia buka baju menampakkan bentuk badan sasa dia.

Pulak ramai perempuan-perempuan miang bersorak dan teruja melihat badannya yang sasa itu.

Bersorak dan menjerit-jerit macam tak ada harga diri. Macam seronok tengok lelaki tunjuk body macam tu. Apa nak jadi la. Aduhai.

Maaf! Perbuatan ini dah melepasi adab dan akhlak untuk dicontohi anak muda lain.

Kedua, cerita yang dia tunjukkan bagaimana mereka satu team buat content untuk cium Hajarul Aswad.

Pun tak ada adab! Ia bukan pasal cium Hajarul Aswad tu, tetapi niat membuat content tu yang melampaui adab sepatutnya.

Tak semua perkara perlu kita buat content terutama bab ibadah macam ni. Lebih manis ia menjadi rahsia kita dengan Tuhan sahaja.

Kalau ya pun dia nak bantu team dapat cium Hajarul Aswad, tak perlulah nak rakam semua tu. Biarlah mereka je tahu. Habis kenapa rakam juga?

Wallahualam.

Inspirasi kepada ramai leader lain kot. Wallahualam.

Berkenaan tindakan tersebut, boleh baca perbahasan hadis detail dari Dr Zulkifli Al Bakri, Mantan Mufti Wilayah. Panjang dan lengkap kupasan beliau. Baca dengan mata hati.

Kawan, anak-anak muda hari ini kiri kanannya tak selamat. Hidupnya didoktrin oleh content-content bod** yang entah apa-apa.

Kalau ada pun “influencer” yang berakhlak, jumlahnya tak ramai. Dulu saya letakkan Hafiz dalam kategori yang sedikit inilah. Namun, hari ini sudah tidak lagi.

Semoga Hafiz kembali menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muda. Kembali memberi inspirasi yang baik-baik sahaja.

Mereka nak lihat anda kekal memberi inspirasi bukan menonjolkan sisi-sisi kurang cerdik seperti ini.

Semoga Allah redha dengan kita semua. Amin.

Nota : Saya tahu, tulisan ini pasti tidak disenangi pentaksub Hafiz. Hanya saya mahu berpesan beberapa perkara:

1- Kita bertuhankan Allah bukan Hafiz

2- Hafiz ialah manusia biasa, ada silap juga. Yang silap, kita tegur. Yang baik, kita jadikan contoh. Jangan taksub kepada manusia.

3- Kalam mufti itu bersandarkan 2 panduan utama, Quran dan Hadis. Adapun, kalam influencer boleh jadi meninggalkan keduanya.

Sama-sama kita saling memperingati dan baiki diri.

BACA JUGA Duit RM1 lama sekarang bernilai RM10K, boleh beli rumah sebuah jika ada 10 keping