Penyanyi Haqiem Rusli menjadi perhatian kerana berkongsi gambar memperlihatkan isterinya, Anis Sofea yang dikatakan kembali memakai tudung.
Bersama dengan hantaran tersebut, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, yang berusia 24 tahun, juga meninggalkan kata-kata manis untuk isterinya.
Haqiem menyatakan, meskipun tindakan yang diambil mungkin terasa menyakitkan, namun dia berharap agar Anis terus kuat dan percaya bahawa segala perkara akan menjadi lebih baik.
“Walaupun ia menyakitkan sekarang, teruslah kuat. Semuanya akan jadi lebih baik.
“Awak bersama saya dalam sukar dan senang,” katanya.
Dia turut menggunakan lagu bertajuk Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan pada hantarannya.
Ibu Haqiem, Nazrah Nordin juga turut memberikan kata-kata semangat pada anak serta menantunya pada ruangan komen.
“Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kedua anak mak. Cantiknya macam ini,” tulisnya.
Netizen juga dilihat memberikan kata-kata positif kepada Haqiem yang dilihat bersungguh mencuba yang terbaik buat isterinya.
“Haqiem suami yang hebat, jangan putus asa dengan ujian Allah berikan”.
“Jarang Haqiem post gambar Sofea sejak free hari. Rindu nak tengok gambar berdua yang sweet”.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 November 2021.
Baca juga: Gaul je dah siap! Ini rahsia perapan peria goreng crispy macam kat mamak..guna 7 bahan je