Haram bersalaman dengan mahram

  • Post author:

Haram bersalaman dengan mahram. Seringkali kita khilaf bila melibatkan salam terutamanya ketika Aidilfitri bersama ipar mahupun mahram yang lain. 

Ipar juga termasuk dalam golongan mahram, jadi tak kiralah rapat macam mana , ia tetap haram. Antara mahram yang perlu umum ketahui termasuklah:

1 Ipar

Antara perkara yang selalu terjadi, ipar tidak begitu mengambil berat akan auratnya. Memakai baju lengan pendek dan tidak bertudung. Alasannya, “bukan orang lain”. Bila berjumpa atau berpisah, tak perlulah salam atau laga-laga pipi.

2 Pasangan kepada ibu/bapa saudara

Yang kedua sering terjadi ialah pasangan kepada mak atau bapa saudara. Contohnya anda seorang perempuan, suami kepada mak saudara anda tu bukan mahram. Jadi, tak boleh la buka tudung depan dia atau salam dengan dia.

Jika anda seorang lelaki, isteri kepada bapa saudara anda tu bukan mahram, tak boleh salam.

Sama juga kesnya dengan anak saudara suami atau isteri anda. Bukan mahram dan tidak boleh buka aurat depan mereka dan bersalaman.

3 Sepupu berlainan jantina

Ketiga, dengan sepupu berlainan jantina. Selalunya alasan “membesar bersama” dan lain-lain akan membuatkan orang ambil mudah. Kalau berjumpa bukan main lagi salam, cium pipi dan peluk.

Maklumlah, dulu duduk serumah. “Bukannya orang lain”.

4 Orang-orang tua

Kemudian, yang selalu orang terlepas ialah apabila bersama dengan orang tua. Orang tua walau setua mana pun jika dia bukan mahram kita, tak boleh bersentuhan juga. Jangan gunakan alasan “hormat orang tua”. Tak kena alasan tu.

Bila dah tahu, macam mana nak elak dengan sopan untuk tidak berada dalam situasi yang janggal apabila bukan mahram menghulur tangan untuk disalam?

  1. Letak tangan atas dada dan senyumlah semanis yang boleh sambil mengangguk atau tunduk sedikit. Ini gaya tubuh yang paling menghormati orang lain tanpa bersentuhan.
  2. Memberi alasan yang anda ada wuduk sambil meminta maaf dan senyum.
  3. Jarakkan kedudukan anda supaya kurang kebarangkalian orang itu akan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Kalau keadaan memaksa dan anda tidak sempat untuk buat 3 perkara di atas, carilah apa-apa untuk lapik tangan tu. Ini cara terakhir, pasti orang itu tidak akan cuba salam dengan anda di waktu yang lain.

Semua ini kita buat bukan untuk tidak menghormati kebaikan orang lain. Kita buat dan ambil tahu supaya kita tidak membuat dosa yang sia-sia dan dalam tidak sedar, kita “menghalalkan yang haram”.

Akhtar Syamir

Baca Juga: Asparagus boleh sebabkan kencing busuk

Baca Juga: Akibat hebah hal rumah tangga di media sosial, isteri maut disepak dan dihentak senjata tumpul