“Harap cikgu ada tangan untuk balas”- Cikgu dedah perbualan biadap parent buat netizen bengang

Pada zaman ini, ibu bapa lebih mudah untuk berkomunikasi dengan guru kelas disebabkan dapat berkongsi satu kumpulan whatsapp atau Group Whatsapp.

Pelbagai pertanyaan dapat diajukan mewakili si anak yang kadangkala menghilangkan buku atau alatan yang bakal dibawa kepada guru kelas.

Seorang guru, Cikgu Fadhli berkongsi tangkap layar yang menunjukkan seorang penjaga yang bersikap biadap ketika bertanyakan soalan kepada guru kelas.

“Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, buku tulisan BMI dan BM2 tak ada kat anak saya. Cikgu ada ambil ke?

“Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni,” tulis penjaga berkenaan yang menghantar mesej pada waktu malam.

Namun, penjaga tersebut bertindak mempertahankan kenyataannya dan mengatakan guru tersebut tidak pernah membalas pertanyaannya.

Penjaga lain juga bertindak memberi nasihat supaya penjaga tersebut menjaga adabnya dan tidak menganggu waktu rehat guru berkenaan.

Melihat kepada perbualan itu, Cikgu Fadhli mendakwa sesetengah penjaga sering bersikap biadap terhadap guru-guru.

Dia juga memuji sikap penjaga yang menegur perbuatan biadap penjaga berkenaan.

Baca juga: Ini cara mudah untuk dapatkan refund dari Nike yang ramai tak tahu