Harga ayam jatuh RM2 sekilogram, ini puncanya

Ayam adalah makanan keperluan yang sangat penting untuk rakyat Malaysia. Hampir semua isi rumah di Malaysia jadikan ayam sebagai makanan kerperluan harian mereka terutamanya bagi B40.

Jika harga ayam naik maka kos hidup seharian mereka automatik akan naik mendadak.

Lain pula ceritanya di Johor.Menurut laporan BH Online, harga ayam di negeri itu jatuh mendadak sejak kebelakangan ini.

Harga ayam segar di beberapa daerah negeri ini turun RM2 kepada RM7.20 sekilogram, sejak minggu lalu. Ini berpunca dari lambakan bahan mentah berkenaan yang berlaku ketika ini.

Perbezaan ketara jika mahu dibandingkan dengan harga ayam itu sejak Jun lalu iaitu RM9.20 sekilogram.

Memetik BH Online lagi, peniaga ayam, Faizal Abdullah, berkata harga ayam segar turun RM2 sejak minggu lalu berikutan harga yang diterima daripada pembekal juga lebih murah berbanding sebelum ini.

Namun, katanya, penjualan ayam segar tidak serancak sebelum ini, terutama ketika musim perayaan mahu pun cuti persekolahan, menyebabkan berlaku lambakan ayam segar di pasaran.

“Walaupun harga ayam segar kini lebih murah RM2, pembelian runcit oleh pengguna terus berkurangan dan semakin merudum.

“Mungkin orang ramai berjimat-cermat menyebabkan jualan bahan mentah termasuk ayam segar kini agak perlahan.

“Saiz ayam yang diterima dari pembekal juga kecil iaitu puratanya hanya seberat 1.1 kg setiap ekor berbanding sebelum ini.

“Jika dulu peniaga ayam termasuk saya mampu jual ayam segar antara 250 hingga 300 ekor sehari, sekarang nak jual lebih 150 ekor pun susah,” katanya ketika ditemui seperti dipetik BH Online.

Baca: Dhabitah Sabri teruk kena cyberbully selepas berada di kedudukan terakhir di final