Harga biri-biri ladoum boleh cecah RM380 ribu, siap ada pertandingan ratu cantik lagi

  • Post author:

Biri-biri di Malaysia boleh dikatakan comel dan berbulu tebal namun tidak di Senegal. Mereka memiliki biri-biri Ladoum yang dikenali sebagai raja biri-biri, binatang ini dikatakan memiliki keunikan tersendiri dengan nilainya melebihi harga sebuah kereta mewah atau rumah.

Baka haiwan itu dianggap sebagai lambang prestij dan simbol status di negara Afrika itu dengan anggaran nilainya yang tertinggi melebihi AS$85,000 (RM377,442.50).

Ladoum yang juga kacukan baka ‘Touabire’ dari negara Mauritania dan ‘Bali-bali’ dari Mali, pertama kali dibiakkan di luar ibu kota Dakar, pada awal 1970-an.

Memiliki ketinggian 1.2 meter dengan berat mencecah 175 kilogram, haiwan itu mempunyai bulu licin dan tanduk bergulung panjang.

Lambang kemegahan

Dagingnya lazat menjadikan ia spesies istimewa dan unik, kebanyakan rakyat Senegal menganggap haiwan itu cantik dan menjadikannya sebagai lambang kemegahan.

Mereka sanggup meluangkan masa menonton pertandingan ratu cantik biri-biri Ladoum di televisyen dan mengikuti penternak popular di media sosial hanya untuk mengagumi kumpulan itu.

Ladoum kini dianggap lebih daripada seekor biri-biri, bahkan menjadi lambang status dan lebih penting daripada kereta, rumah atau pakaian mahal.

Tahun ini, harga biri-biri Ladoum melebihi AS$85,000, walaupun ada baka yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendah iaitu AS$3,000 (RM13,321.50).

Bagaimanapun, baka ini pastinya terlalu mahal untuk majoriti rakyat Senegal yang hanya dapat mengagumi biri-biri itu dari jauh sahaja.

Baca Juga: Ikhtiar untuk hidup anggota bomba terpaksa makan siput, ular sawa

Baca Juga: Kebanjiran warga asing di Pulau Pinang penyebab kemelut Urban Malaria