Harga sebenar rumah lebih RM5 juta, tapi nanti kata berlagak pula – Kak KM

Harga sebenar rumah lebih RM5 juta, tapi nanti kata berlagak pula, luahan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengenai harga rumahnya yang menjadi bualan ramai.

Memetik Harian Metro, Kak KM mengaku rumah itu terbina hasil titik peluhnya bekerja menjual jamu.

“Harga sebenar rumah lebih RM5 juta, tapi nanti kata berlagak pula. Baru RM5 juta orang dah marah sangat kata saya nak menunjuk. Padahal bukan nak menunjuk, kalau tak boleh tengok tutup Instagram tu.”

“Itu memang hasil kerja saya, takkanlah hasil kerja jiran pula. Setiap hari saya membebel suruh makan jamu Sweet Dara, itulah hasilnya, banglo saya.

“Tanahnya sangat besar, 10,000 kaki persegi. Ia besarlah sebab rumah baru tak dapat macam tu. Boleh saja nak duduk balik sebenarnya, tapi saya nak semuanya baru, nak runtuhkan balik, nak naikkan balik yang baru dengan buat pengubahsuaian sepenuhnya,” katanya.

Pentingkan keluarga

Menurut Kak KM, rahsia kejayaannya ketika ini adalah disebabkan layanan baik yang diberikan terhadap keluarga selain turut menegaskan ia adalah perkara asas dalam hidupnya.

“Nombor satu, memang kena berbaik dengan mak, ayah. Macam mana kita marah mak kita pun, kita tak boleh cakap fasal dia, kita tak boleh nak marah dia. Mak itu nombor satu kalau nak berkat.

“Nombor dua, kena jaga tanggungjawab kita. Kita dengan anak, kita dengan suami dan dengan adik beradik. Kita kena jaga benda itu dulu sebab itu yang asasnya,” katanya.

Terdahulu, tindakan Kak KM memuatnaik kejayaannya membeli banglo bernilai RM5 juta dikecam warganet kerana dianggap sengaja menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki.

Baca Juga: Hanya salah faham, pembantu peribadi Fify Azmi tidak larikan wang seperti didakwa

Baca Juga: TMJ umum undur diri dari JDT