Harga setaraf daging wagyu, satu kampung berkerumun kutip ulat lamas

Pasti ramai yang tidak pernah mendengari akan nama ulat kayangan atau Lamas/Lelamaih.

Ulat “kayangan” ini mencetuskan fenomena apabila muncul di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini.

Orang ramai dilihat berpusu-pusu mengutip ulat ini yang muncul di atas jalan raya dan daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan.

Tinjauan mendapati, ulat Lamas mampu mencecah harga RM400 hingga RM600 sekilogram(KG) maka tidak hairanlah penduduk kampung Sungai Kut berkerumun mencari ulat ini.

Penggemar ulat tersebut juga dikatakan hadir bersama sama penduduk dari Oya dan Mukah.

Senah Mat, 88, berkata Lamas begitu sedap dimakan sama ada dengan hanya merebusnya menggunakan air dan garam atau disalai.

“Ulat ini bersih dan baik untuk kesihatan,” katanya.

Senah yang juga dari kaum Melanau memberitahu Lamas dimakan dengan sagu atau nasi kerana keenakannya yang lemak manis.

Lamas juga dikategorikan sebagai makanan eksotik bagi masyarakat Melanau selain dari ulat Mulong(sagu).

Bagaimanapun, ulat ini sukar ditemui kerana habitatnya hanya tinggal di daun pokok Nyatoh dan terdapat di hutan tertentu.

Baca juga: “Masa aku teman anak di hospital, aku pernah jumpa ‘baju kecil’ adik dalam lori suami, luruh jantung dapat tahu hal sebenar..”