Harga stroller yang dibeli oleh pengasas kosmetik ini RM23,000 boleh beli Axia Rahmah sebiji

Ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anaknya kali ini sepasang suami isteri beli sebuah stroller dengan harga boleh beli Axia Rahmah sebiji.

Ibu bapa yang berduit tak kiralah hendak beli apa sekali pun, hatta stroller dengan harga berpuluh ribu demi menyediakan semua kelengkapan bayi dengan kualiti terbaik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang dipercayai seorang pengasas kosmetik telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keturajaannya unboxing stroller berjenama Dior yang dibelinya.

Menerusi video terbabit, wanita itu mengucapkan terima kasih kepada suaminya mahu membelikan stroller bernilai RM23,000 untuk anak mereka yang bakal lahir.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat harga stroller tersebut yang dikatakan hampir sama dengan harga sebuah kereta Axia.

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli 🥴 nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

♬ bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

Malah, ada juga netizen tertanya-tanya kelebihan stroller terbabit berbanding stroller yang ada di pasaran ketika ini dan beranggapan membeli stroller dengan harga mahal agak berlebihan.

Baca juga:

Baca juga: Ragu-ragu dengan sistem perbankan, warga emas kantoi simpan duit RM30,000 bawah tilam akhirnya mengejutkan saudara mara serta jiran