“Hari-hari aku desak suami pasal gaji sekali suami cakap duit dah hilang tak pasti tercicir atau diambil orang, terus menitik air mata aku bila dengar…”

Hari gaji memang dinanti-nanti bagi mereka yang makan gaji. Kisah ini dikongsi oleh seorang isteri yang sangat memahami keadaan si suaminya. Ikuti kisah ini.

Assalamualaikum.. Mohon admin hide profile saya ye dan terima kasih andai post ini disiarkan.. Saya dan suami Alhamdulillah tiada apa-apa masalah rumahtangga, bukan tiada, ada tapi masing-masing dah matang untuk selesaikan dengan cara baik dan anggap semua ni ujian untuk diri masing-masing.

Sebenarnya, saya tak tahu nak mula dari mana. Saya merupakan seorang surirumah dan suami kerja biasa-biasa je.. Saya pernah tengok slip gaji suami, gaji dia bersih dalam RM 1500 lebih sikit. Tapi saya tak persoalkan, sebab setiap hari suami hulur duit RM20 hasil dari bisnes sampingan dia untuk beli lauk untuk masak hari-hari.

Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi dapur tak berasap, ada je rezeki untuk kami makan kalau nak dibandingkan dengan orang yang susah kat luar sana yang terpaksa makan nasi dengan garam je. Hari tu suami ada pinjam duit dari kawan, RM1600 sebab urgent nak hantar duit kat mak kat kampung.

Kami janji, kami akan bayar bulan ni. Hasil dari kami bertahan untuk tidak beli apa-apa kemahuan kami, tahan untuk tidak makan sedap-sedap, dapat la kumpul RM450. Mak saya ada bagi duit untuk beli barang, RM350, tapi duit tu saya dan suami dah pakai untuk bayar hutang tu.

Suami janji nak bayar balik duit tu bila gaji nanti dan kalau diikutkan, memang kami boleh bayar balance hutang kawan (RM600) tadi tu dengan duit mak (RM350) bila dah dapat gaji. Setiap hari saya tanya suami, tak gaji lagi ke? Nak bayar hutang sebab orang dah minta-minta.

Boleh dikatakan seminggu akhir ni saya asyik bertanya tentang gaji suami, dah dapat ke belum. Dia cakap belum, tapi dah pertengahan bulan ni. Tadi suami rehat, balik rumah nak makan, dia minta masak maggi, tapi kebetulan saya sakit kepala sebab aIahan mengandung, saya betul-betul tak dapat nak angkat badan.

Saya tengok suami geledah-geledah dapur, dia makan bubur yang semalam ada kat atas meja makan. Lepas tu dia terus minta izin keluar balik sebab waktu rehat dah habis. Saya jenis yang tak sampai hati tengok suami macam tu, sebab bagi saya tanggungjawab saya untuk jaga makan pakai dia macam mana dia jaga kebajikan saya.

Saya gagahkan jugak bangun masak untuk dia, sediakan semua dan hantar makanan tu kat tempat kerja dia. Sampai je saya, tengok dia tengah bersih-bersih lantai tempat solat untuk staff. Saya buat senyuman yang paling manis sebab saya tahu, senyuman isteri salah satu sumber kekuatan suami.

Dari jauh saya tengok mata suami macam ada simpan masalah, tapi saya tak tahu masalah apa. Sekali lagi saya persoalkan hal gaji dia sebab kawan tadi dah wasap tanya duit dia. Kali ni agak keras sikit suara saya ke suami, saya cakap awak dah gaji kan, awak bagi duit tu kat siapa?

Dia tak jawab, saya tanya lagi sekali bagi kat siapa duit? Kemudian baru dia jawab, tak bagi sesiapa pun, “nak bagi kat siapa, kita pun tengah nazak nak pakai duit.” Pandangannya diturunkan, kemudian dia cakap dah gaji 2 hari lepas, “duit tu saya simpan dalam beg.. Saya sedar beg dah terbuka, duit tu dah tak ade. Mungkin jatuh atau mungkin diambil orang.”

Dia tak nak tuduh siapa-siapa, katanya dia yang cuai, Tuhan mungkin nak baIas sesuatu yang buruk dia pernah buat. Allahu, masa tu bergenang airmata saya.. Berdosanya rasa, setiap hari saya push dia tentang gaji, sedangkan dia tengah berusaha fikir macam mana nak dapatkan duit tu.

Bukan senang kerja cari duit, memang kita kerja untuk mengharapkan gaji, tiba-tiba dapat gaji, gaji tu lesap sekelip mata. Demi Allah min, sampai sekarang saya tak boleh pandang suami, saya Iuluh tengok dia.. Tapi dia masih boleh senyum macam biasa.

Mungkin betul kata orang, hati lelaki yang bergeIar suami dan ayah ni kuat, masalah besar macam mana pun, dia masih boleh simpan supaya orang sekeIiling tidak ikut rasa terbeban. Untuk pengetahuan semua, saya bukan tak nak kerja bantu suami, tapi atas kehendak suami, dia nak saya kat rumah jaga kebajikan dia dan anak serta adik-adik yang lain.

Saya pernah berniaga dari rumah, tapi berhenti sebab dapat tahu saya mengandung, saya sedar tahap kepenatan bila buat bisnes ni, kadang smpai tak tidur malam.. Sebab tu saya buat keputusan untuk berhenti sekejap demi anak dalam kandungan. Saya mohon, doakan saya dan suami murah rezeki ya dan dipermudahkan urusan kami untuk bayar hutang kami.. Terima kasih admin..

Baca juga: “Saya terlalu tertekan dengan suami dan keluarga mertua sampai pernah saya cuba bawak kereta dengan laju untuk tamatkan riwayat sendiri…”