Selain dari menjaga kulit wajah supaya bebas cela, seringkali ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang tentang kecantikan bibir. Sebenarnya, walaupun setiap hari bibir anda dicalit dengan gincu atau ‘lipstick’, anda perlu cuci semula bibir tersebut dengan menggunakan scrub bibir.
Tak perlu susah-susah kerana scrub bibir ini boleh dibuat secara DIY sahaja menggunakan tiga bahan dapur di rumah. Nak tahu bagaimana caranya? Jom kita tengok perkongsian di bawah.
Sebenarnya kulit kayu manis memang terkenal dengan banyak manfaatnya. Tak kisah la kita letak dalam masakan atau guna secara langsung. Kulit kayu manis bertindak sebagai agen penggelupasan semula jadi dan membantu menjadikan bibir lebih lembut, lembap dan munggil.
Manakala minyak argan memang kaya dengan Vitamin E dan mineral yang sangat bermanfaat untuk kulit. Ia juga mempunyai antioksidan semulajadi yang dapat membaik pulih sel sel yang rosak. Untuk menghasilkan scrub bibir ni senang yakmat dan bahan bahannya pun dari bahan dapur je. Ok jom kita mulakan.
BAHAN BAHAN
-1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
-1/2 sudu makan madu lebah
-1/2 sudu makan minyak argan
CARA BUAT :
1. Campurkan semua bahan tadi ke dalam satu bekas.
2. Kacau sehingga sebati ok.
3. Kemudian, sapu scrub ini ke seluruh bibir anda dengan menggunakan jari jemari anda tu ya.
4. Sesambil tu anda gosok la bibir dengan perlahan-lahan supaya sel sel kulit mati tertanggal.
5. Kemudian anda bersihkan dengan menggunakan air suam. Lepas tu anda boleh la pakai pelembap bibir atau lipstik kegemaran anda.
*Ok, selamat mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Baca juga: Muhyiddin boleh ‘dirotan’ 7.6 juta pencarum KWSP, kata MT Umno