Harta Alif Teega ‘licin’ dikaut isteri, Aisyah Hijanah kata bukan gila harta cuma untuk jamin diri sendiri

Peka sebagai isteri pertama, pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah nekad mengambil segala harta dan juga aset Alif Teega demi kelangsungan hidupnya bersama anak-anak.

Walaupun reda menerima takdir hidup berpoligami, dia mengatakan ia merupakan usaha untuk menuntut hak selepas bersusah payah bersama suaminya sebelum ini.

“Segala hasil titik peluh yang dibina dari awal bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan seratus peratus kepada milik Aisyah termasuklah share syarikat, rumah, kereta dan aset- aset yang lain.

“Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.

“Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Isnin.

Menurut hantaran di media sosialnya, Aisyah turut menasihati bakal wanita yang akan hidup berpoligami supaya jangan melenting sebaliknya kekal tenang supaya dapat mencari penyelesaian kepada konflik tersebut.

Aisyah juga memberitahu bahawa dia sememangnya bukan mata duitan, namun usaha itu dilakukan demi anak-anaknya yang bakal membesar.

Dia turut berterima kasih pada Aliff yang memudahkan usahanya itu dalam mendapatkan hak-haknya dalam syarikat.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak- anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik.

Baca juga: Bertambah sedap kalau digoreng! Jangan lupa tambah bahan ini dulu sebelum masak sardin ya