Hartanah, kenderaan mewah, barang kemas Geng Upik bernilai RM9.72 juta dirampas

Hartanah, kederaan mewah, barang kemas Geng Upik bernilai RM9.72 juta telah dirampas oleh pihak polis.

Bukan itu saja bahkan sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu yang dibekukan dengan keseluruhannya bernilai RM1.86 juta.

Pihak polis turut membekukan 10 jentera dan 11 bidang tanah dengan keseluruhan bernilai RM2.81 juta.

Sebanyak 20 kenderaan dianggarkan bernilai RM6.77 juta, wang tunai RM35,041 dan barang kemas bernilai RM100,000 disita polis membabitkan keseluruhan sitaan berjumlah RM6.91 juta.

Manakala sebanyak 22 akaun bank yang telah dibekukan membabitkan bernilai RM420,000 manakala 18 kenderaan disita bernilai RM6.6 juta yang kebanyakannya kenderaan mewah dipercayai daripada suspek Geng Upik, sindiket dadah terbesar di Sabah.

Pihak polis juga turut merampas wang tunai RM35,000 serta barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

Media semalam melaporkan seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Baca juga: Habis tu manusia lahir darah biru ke? Jejaka ‘stoicism’ disaran dapat rawatan sakit mental