Tindakan seorang pelawak dan pencipta kandungan berhasrat ingin menangis secara berterusan selama 100 jam, malangnya ia tidak berjaya kerana matanya tiba-tiba menjadi ‘buta’ untuk seketika.
Content creator itu berasal dari Nigeria, iaitu Tembu Daniel yang mencabar dirinya untuk mencipta rekod maraton tangisan paling lama di dunia bagaimapun beliau telah menjadi buta selama 45 minit.
Pelawak itu difahamkan ingin menyahut cabaran luar biasa iaitu menangis secara berterusan selama 100 jam.
Kejadian itu dimuat naik di laman Instagram @237_towncryer baru-baru ini.
Pemuda Nigeria itu dilaporkan memulakan aksi aneh itu pada 9 Julai lalu, tetapi terpaksa menangguhkan tangisannya 6 jam kemudian, kerana berdepan kesan sampingan yang tidak dijangka.
Semasa melakukan aktiviti tersebut, Tembu Daniel difahamkan mengalami sakit kepala, mata menjadi sembap, muka bengkak dan paling teruk, dia merasa dirinya seolah-olah menjadi buta dan keadaan itu berlarutan selama kira-kira 45 minit.
“Saya terpaksa menyusun semula strategi dan mengurangkan tangisan saya. Saya tidak mahu membiarkan masalah ini menghalang saya daripada mencapai matlamat yang diinginkan,” kata pelawak berkenaan kepada BBC.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pencipta kandungan itu benar-benar berjaya menyelesaikan cabaran tersebut kerana rakaman percubaan yang dikongsikan di Instagramnya menunjukkan dia hanya mampu melakukannya kira-kira 5 jam 54 minit.
Dalam pada itu, akaun media sosial Rekod Dunia Guinness turut menjelaskan badan itu tidak pernah memantau percubaan rekod sedemikian.
Baca juga: Nak nampak cantik semasa kahwin, 4 makanan ini perlu dielakkan sebelum bergelar raja sehari