Hati hati dengan laman web maybank, anda mungkin tertipu!

Seorang pemuda harini menceritakan pengalaman ngeri menggunakan perkhidmatan laman web Maybank. Duit tiba-tiba hilang! Jom baca cerita di bawah:-

“Cerita dia macam ni. Perkara ini berlaku kat aku hari Sabtu lepas.
Dalam kul 3.38 petang hati aku tetiba nak check balance kat Maybank.
So aku pun bukan laptop (dah lama x login Maybank2u kat laptop ye) Google Maybank.
Then aku tekan enter.”

Aku click kat perkataan Maybank (tanpa sedar itu bukan laman web asli), serius aku x sedar itu fake weh. Layout dia sama. Semua sama.
Aku login, letak password.
Pastu aku terima SMS, dgn TAC Nombor.

Kat laptop tu, dia kata letak nombor. So aku letak TAC tu ye. Xtau mcm mana. Aku ikut je.
Lepas tu, aku terkejut sendiri. Yg aku bg tadi tu TAC no kan.
Terperanjat (mcm kena pukul), aku pun pantas (xtau kenapa pantas dan kenapa x pakai app kat HP je masa tu).

Check balance. Adoi. Ada transaksi besar yang dipindahkan ke Lazada.
Xsempat nak snap, akaun kat app HP dah x boleh pakai.
Adoi. Serius xtau apa jadi kat aku masa tu.
Aku call Maybank, ckp kat deorg ada transaksi duit ke Lazada.
Deorg advise sekat Maybank2u dan kad bank.
Selesai bab tu.

Aku mintak pertolongan rakan2 ofis nak dapatkan PRO Maybank. Prakash nama dia.
Baik org dia. Alhamdulillah dia dapat tolong report kat team security Maybank.
Then Maybank advise Aku g report polis. Aku ikutkan sebab xtau nak buat apa.

Masa report polis, polis tanya mcm mana. Then aku xplain satu2. Ok fine report polis.
Pastu terima call dari Maybank, deorg ckp perkara ini sudah disiasat oleh mereka dan sudah di pengetahuan Lazada.

Mr Yap from Maybank call ckp yes ur case pihak Maybank tengah siasat.
And Monday or Tuesday, pihak Maybank akan call bagi perkembangan lanjut.
Dia kata kalau inter Maybank senang nak setel, tapi kalau melibatkan pihak ketiga susah sikit. Kena deal dgn pihak ketiga tu, nak pihak ketiga tu akan selesaikan then baru Maybank boleh setelkan part bank.

Laman web dia
https://campaignmay2u.com/home/m2u/common/login.do
(aku pun tak tau macam mana boleh p web site ni).
Sedangkan aku type Maybank kot.

Hari ni pegawai Maybank call, ckp duit tu x boleh nak dapatkan balik sebab scammer tu dah guna tuk topup online gaming.

Dia kata klu ada balance, deorg cuba dapatkan.
Kalau korg kata xkan x perasan web site dia lain. The things is layout dia sama sebijik.

Mana tahu Allah nak beri ujian, mungkin aku ada buat silap dan mungkin ada benda2 yg aku buat ada yg x betul. So Allah nak beri pengajaran.

So korg hati2 ya. Pastikan ori baru login. Kat bawah ni layout dia.
Korg bandingkan sendiri ya.

COMMENTS