Hati-hati! Ini 5 jenis Extension Plug yang bahaya jika digunakan, boleh sebabkan kebakaran

Hati-hati! Ini 5 jenis Extension Plug yang bahaya jika digunakan, boleh sebabkan kebakaran. Pastinya setiap rumah di Malaysia paling tidak mesti ada satu extension plug yang digunakan.

Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik serta membolehkan banyak pengunaan barang eletrik dalam satu masa kerana soket yang ada tidak mencukupi.

Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.

Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar  di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.

1. Jenama: Remax, Model: RU-S4

2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301

3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604

4. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T06

5. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T08