“Hati saya hancur”- Noh Salleh terkejut Mizz Nina datang bawa polis, paksa mahu bawa anak pulang

Setelah muncul pada temubual bersama Melodi TV3, penyanyi Noh Salleh mengumumkan anak yang berada di bawah jagaannya telah kembali bersama dengan bekas isteri iaitu Mizz Nina.

Mohamad Noh Salleh, atau lebih dikenali sebagai Noh, 39, menyatakan bahawa dia bersetuju menyerahkan Musa setelah Mizz Nina mengunjungi rumahnya bersama dengan perintah interim dari mahkamah dan pihak berkuasa.

“Malam semalam dalam pukul lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina hadir ke rumah saya bersama dengan suaminya serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali dengan tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya.

“Dengan perintah interim (sementara) sebelum sesi mediasi di Mahkamah Syariah,” katanya.

Sebelum ini vokalis band Hujan ini teruk dikecam apabila didakwa menculik anak angkatnya sendiri dengan menghubungi pembantu rumah Mizz Nina.

Namun dia tampil membersihkan namanya dan menjelaskan tidak timbul isu penculikan malahan dia adalah penjaga Musa yang sah.

Walaupun merasa kesal dengan situasi yang berlaku, Noh bagaimanapun menghormati keputusan mahkamah dan menjelaskan bahawa tidak ada pertikaian yang berlaku di antara mereka.

“Saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya percaya dengan jalan pendamaian… Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi daripada mana- mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa daripada kalian,” ujarnya.

Baca juga: “Benci tengok kakak ipar tak reti bergaul, aku tanya mak kenapa terima dulu kalau tak berkenan”