Lambang adalah istilah yang merujuk kepada logo bagi sesuatu jenama. Logo ini biasanya mencerminkan nilai dan aspirasi yang diusahakan oleh syarikat serta bagaimana pengguna dapat mengaitkan diri dengan jenama tersebut. Terdapat syarikat-syarikat yang bersedia melabur sejumlah besar wang dalam reka bentuk logo mereka untuk memastikan logo tersebut unik dan menonjol berbanding pesaing-pesaing mereka.
Ini lima jenama yang amat popular di dunia dan asal usul mereka:
- VLC Media Player
Pada zaman 2000, pasti ramai yang menggunakan perisian computer VLC media player untuk menonton video. Namun logonya yang menggunakan kon dilihat tiada kena mengena dengan ciri-ciri perisian itu.
Perisian ini dicipta oleh sekumpulan Persatuan Pelajar Rangkaian Ecole Centrale dari ViaRézo Association. Mereka sering minum dan mabuk bersama lalu mencuri beberapa kon sehingga mempunyai koleksi.
Apabila mereka mencipta perisian yang diberi nama VideoLan dan ditukar nama kepada VLC Media Player, mereka menjadikan kon ini sebagai logo.
2. Walt Disney
Logo Disney ini pada permulaannya hanyalah tandatangan yang dicipta oleh sekumpulan para pekerja Walt Disney.
Pada awalnya Walt tidak mampu untuk menandatangani surat yang diberikan oleh para peminatnya dan meminta bantuan pekerjanya untuk tandatangan namun ia menjadi “signature” yang ikonik dan sukar ditukar lalu menjadi logo syarikat.
3. Baskin Robbins
Baskin Robbins adalah antara aiskrim kegemaran rakyat Malaysia namun tahukah anda logo Baskin Robbin mempunyai nombor 31 di tengah?
Ia kerana pada awalnya, Burt’s ice cream milik Burt Baskin dan Snowbird Ice Cream milik Irv Robbins bergabung.
Carson Roberts, agensi pengiklanan yang dilantik telah memberi cadangan agar menghasilkan 31 perisa aiskrim supaya pelanggan dapat merasai satu perisa setiap hari selama sebulan lalu nombor 31 menjadi sebahagian dari logo aiskrim itu.
4. McDonald
Dua beradik Richard dan Maurice McDonald mahu menaiktaraf restoran burger mereka lalu mengupah Stanley Clark meston untuk mereka bangunan baharu dan dia mencipta dua gerbang separa bulatan supaya dapat menarik perhatian pelanggan.
Kemudian arkitek Meston mengubah lakaran menjadi tiang emas melengkung beserta lampu neon menerangi.
Pada tahun 1961, Ray Kroc memasukkan rekaan yang unik itu menjadi logo korporat yang digunakan di seluruh dunia.
5. Nike
Logo Swoosh direka dengan hanya berharga RM140 oleh Carolyn Davidson yang ketika itu menjadi seorang pelajar rekaan grafik di Portland State University.
Gurunya yang juga pengasas Nike, Phil Knight terdengar perbualan Carolyn yang mahu mencari wang lebih lalu memintanya mereka logo untuk syarikat terbarunya.
Carolyn menghasilkan beberapa rekaan namun logo Swoosh inilah yang menjadi pilihan sehingga dikenali di seluruh dunia.
Pada September 1983, Phil Knight telah menghadiahkan cincin emas berbentuk Swoosh yang bertatahkan berlian dan juga memberikan sebahagian saham Nike sebagai tanda terima kasih kepada Carolyn.
Baca juga: “Sejak mak tiri kahwin dengan ayah, barang rumah mak sendiri pun dia nak control..”