Heboh pengawal keselamatan tanpa ‘kepala’, ini kisah sebenarnya

Heboh di media sosial gambar yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan kononnya tiada kepala sekaligus menyeramkan warganet.

Ramai mengakui terkejut malah secara berseloroh berkata, pemilik premis itu sendiri pun pasti lari ketakutan jika melihat ‘entiti’ tersebut.

Tubuh ‘pak guard’ tanpa ‘kepala’ itu juga mungkin pencuri pun boleh pitam jika melihatnya.

Namun, sebenarnya, itu adalah posisi seorang pengawal keselamatan yang tertidur dengan kepalanya sedikit terbelakang.

“Bang, kalau tidur boleh sandar kat roller shutter tu bang, jangan begini bang (kepala ‘hilang’). Takut kita,” gurau seorang pengguna Facebook, Fin.

Hantaran itu dilihat menarik perhatian warganet dengan lebih 7,000 tanda ‘like’ hanya selepas 2 hari dimuat naik di media sosial.

“Ni baru betul guard, orang takut nak pecah masuk. Ingat hantu ‘guard’ tiada kepala yang jaga kedai.

“Macam ni jangan kata perompak, polis pun lari.

“Perompak mesti patah balik kalau begini punya pemandangan.

“Lembut betul leher dia. Ni mesti jenis tulang pari,” demikian komentar warganet.

Dalam masa sama ada netizen secara sinis mengaitkan situasi ‘hilang kepala’ dalam kalangan jemaah solat Jumaat lantaran tertidur terutamanya semasa khatib membacakan khutbah.

“Suami saya cakap paling banyak yang hilang kepala masa hari Jumaat,” seloroh pengguna Facebook lain pula.

Terdapat juga berkata walaupun nampak lucu tetapi bersimpati dengan keletihan individu berkenaan dalam mencari rezeki.

BACA JUGA Gara-gara kes beli emas 131 kg, ini nasib dialami hampir 100 petugas Aman Palestin