Hidangan mudah raya Aidiladha, resepi daging cair di mulut ni ‘confirm’ buat ramai terliur

Ramai yang sangat menyukai protein seperti ayam dan juga ikan. Tidak kurang juga yang meminati protein seperti daging.

Seperti ayam, daging juga dapat dimasak mengikut pelbagai resepi seperti rendang, kari dan juga kurma.

Jom cuba resepi daging black pepper yang mudah dan sedap ini. Yang penting, daging tidak keras sebaliknya berjus dan lembut elok!

Untuk mengetahui cara-cara memasaknya, ikuti langkah-langkah resipi di bawah ini. Apabila disajikan dengan nasi panas, memang betul betul luar biasa!

Resepi Daging Black Pepper

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Sos black pepper
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland/bawang besar merah
  • Halia
  • Cili padi
  • Cili hidup
  • Kicap lemak/kicap manis

Cara-caranya:

Perap ayam dengan sos lada hitam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 15 minit.

Sementara menunggu daging disiapkan setelah diperap, potong halus bawang, halia, cili padi, dan cili hidup.

Panaskan kuali dan goreng daging dalam sedikit minyak selama 3 minit. Pusing-pusingkan daging supaya masak sekata.

Selepas itu, tuangkan air secukupnya sehingga daging tenggelam. Biarkan sehingga air kering, tujuannya untuk memastikan daging menjadi empuk.

Apabila air telah kering, minyak tadi akan keluar semula. Ketika itu tuangkan kicap secukupnya.

Perasakan dengan garam dan juga ajinamoto. Siap!

Selamat mencuba!

Baca juga: Surirumah malas masak lala sebab susah ‘kopek’, ramai rupanya terlepas tips mudah ini