Hidung Izzudin berdarah ketika akad nikah kerana terlalu gemuruh, ramai tak tahu cerita ni

Semalam menjadi detik paling manis bagi pemain badminton negara Izzudin dan Fei apabila memenangi China Open 2024 selepas kali terakhir Malaysia menang pada tahun 1989.

Ramai mula menyelingkap kehidupan peribadi Izzudin yang dilihat membawa imej islam ketika bermain. Tidak pernah kita tengok Izzudin bersalaman dengan pengadil wanita di kaca tv. Pemain itu hanya tunduk hormat tanda hormat. 

Ramai tak tahu juga cerita disebalik hidung Izzudin berdarah ketika akad nikahnya pada 2 tahun lepas kerana terlalu gemuruh.

Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara.

Pasangan itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang rakan Izzuddin, berlaku satu kejadian yang melucukan apabila hidung pengantin lelaki berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa akad nikah.

“Lucu pula hidung berdarah masa nikah, harap pengantin tenang-tenang masa bersanding nanti. Apa pun tahniah!,” kata seorang netizen di ruang komen media sosial.

Baca: Wanita kongsi tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur