Seorang guru di Jakarta berkongsi tangkap layar yang menunjukkan salah seorang pelajarnya mengajak berkahwin selepas tamat persekolahan.
Rindy Yanti, seorang guru, menerima pesanan tersebut dari seorang pelajar yang dikenal sebagai Fatur.
“Kehidupan saya sudah cukup meletihkan, ditambah lagi apabila menerima pesanan ringkas seperti ini daripada murid,” kata Rindy dalam keterangan hantarannya.
Dalam tangkapan skrin perbualan yang dikongsi, pelajar tersebut memberitahu bahawa beliau adalah salah seorang murid Rindy ketika wanita itu mengajar di Sekolah Menengah Madrasah Aliyah.
Dia kemudian mula meluahkan isi hatinya kepada guru berkenaan.
“Adakah cikgu masih bujang?” soalnya.
Dia kemudiannya menyatakan niatnya ingin mengahwini gurunya itu kerana telah jatuh hati.
“Apabila tamat sekolah nanti, saya mahu berkahwin dengan cikgu, boleh? Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan cikgu,” katanya.
Namun, Rindy menasihati muridnya itu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjadi kebanggaan kedua orang tuanya.
Hantaran itu menjadi tular selepas guru tersebut berkongsi di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.
“Fatur, anda belum tahu bagaimana kehidupan selepas tamat sekolah,” kata seorang netizen.
“Fatur, mungkin anda anak orang kaya tujuh keturunan kerana berani mengajak guru berkahwin selepas habis sekolah menengah,” kata netizen.