Hidup dengan RM44.99 sehari di bandar termahal dunia, semangat lelaki ini buat netizen terpaku

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Jonathan Lim membuat ramai netizen terpaku kerana mampu hidup dengan hanya SG$13.10 (RM44.99) sehari di bandar termahal dunia iaitu Singapura.

Jonathan telah memuat naik satu video di akaun TikToknya dengan nama pengguna Jonlzx. Dalam video tersebut, dia bertanya, “Bolehkah orang dewasa hidup di Singapura dengan hanya memiliki SG$10 (RM34.34) sehari?”

Dalam video tersebut, sarapan paginya dibuat dengan sendiri iaitu roti bakar mentega kacang yang dimakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya dan pada waktu tengah hari, Jonathan memesan nasi, brokoli dan hirisan ayam di gerai nasi ekonomi pada harga cuma SG$3.60 (RM12.36).

Kemudian, Jonathan membeli sepotong roti krim keju cranberry di kedai roti berdekatan dengan harga SG$1.50 (RM5.15).

@jonlzx

Part 6: Is spending 10dollars enough for a day working in SINGAPORE? #sgvlog #worklife #minivlog #fypシ #simplelife

♬ 千与千寻 口琴版 – 口琴伟宝
Sumber: Tiktok

Dia yang telah selesai bekerja kemudiannya membuat keputusan untuk pergi bersukan dan menuju ke pasar raya untuk mencari hidangan makan malam.

Dengan hanya membawa SG$5 (RM17.17) dalam dompetnya, Jonathan membeli dua paha ayam dan menambah SG$3 (RM10.30) lagi untuk kos pengangkutan.

Secara keseluruhannya, Jonathan menghabiskan sebanyak SG$13.10 pada hari itu dan video yang dihasilkan meraih tontonan sebanyak 181K views dan juga 205 komen yang bangga dengan semangatnya yang berjimat di bandar termahal dunia.

Baca juga: Bimbang dinding bangunan runtuh, penjawat awam ini nekad bekerja pakai topi keledar