Hidup lebih 20 tahun, wanita ini dedah ‘fungsi rahsia’ bawah penutup periuk nasi elektrik

Hidup lebih 20 tahun, wanita ini dedah ‘fungsi rahsia’ dibawah penutup periuk nasi elektrik. Periuk nasi merupakan salah satu keperluan abad ini khususnya rumah-rumah orang Asia.

Biasanya, kita jarang untuk mengambil tahu kesemua peranan yang terdapat pada periuk nasi, lagi-lagi membelek-belek setiap bahagiannya secara teliti.

Ini menyebabkan kita terlepas pandang ‘fungsi rahsia’ yang terdapat pada periuk nasi kita sendiri.

Berdasarkan video kiriman Meyspil (@spalspil_17), inidvidu tersebut berkongsi fungsi rahsia lain yang ada pada bahagian penutup periuk nasinya.

Sebelum ini, kita hanya menganggap bahagian bawah pada penutup periuk nasi tidak memiliki apa-apa fungsi yang signifikan.

Namun Mespil berkongsi sesuatu yang mungkin ramai pengguna periuk nasi elektrik tidak sedar selama ini. Rupanya, bahagian yang boleh dicabut itu juga boleh dijadikan penutup periup nasi apabila dibawa keluar dari dapurnya.

‘Penutup’ dari bahagian penutup periuk tersebut dapat menutup ruangan memasak nasi dengan sangat sempurna. Selepas ini, kita sudah tidak perlu menutupnya dengan pinggan mahupun tudung saji.

Terdapat empat jenis periuk nasi iaitu jenis digital, asas, multifungsi dan periuk nasi jenis ‘induction heat‘.

Bagi pemilihan jenis periuk nasi pula bergantung pada fitur yang ditawarkan, jenis kegunaan dalam dapur dan lain-lain faktor lagi.

Selain nasi, periuk nasi elektrik juga boleh digunakan untuk memasak sup secara stim, memasak bubur dan mengukus sayur.

Baca juga: Riba itu haram, pekerja bank konvensional disaran carilah kerja halal lain-Mufti Wilayah Persekutuan