Sebuah keluarga menerima gantirugi sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan kepada mereka kerana isu nugget yang terlalu panas.
Tuntutan tersebut dilakukan kepada syarikat makanan segera dan francaisnya kerana seorang kanak kanak lelaki mengalami lecur selepas menikmati nugget ayam yang terlalu panas.
Juri bersetuju syarikat tersebut sepatutnya memberikan arahan dan peringatan tentang kemungkinan terdapat nugget yang terlalu panas.
Pada Khamis lalu, panel juri telah bersetuju untuk memberikan ganti rugi kepada keluarga tersebut sebagai pampasan atas rasa sakit dan penderitaan, kecacatan, penderitaan mental, ketidakselesaan, dan kehilangan kebahagiaan dalam menikmati hidup.
Ganti rugi tersebut merangkumi AS$400,000 (RM1.83 juta) untuk cedera yang telah dialami sebelum ini, dan tambahan AS$400,000 untuk kerugian yang mungkin akan berlaku pada masa depan.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”. – Agensi
Baca juga: “Abg ipar seboleh mungkin tak bagi aku jumpa kakak, katanya kami nak menggatal belakang dia”