Rangka seorang pendaki gunung yang hilang lebih dari 50 tahun lalu ditemui ketika salji dan ais mencair di glasier Switzerland.
Identiti pendaki itu juga telah dikenalpasti, kata polis daerah Valais pada Khamis.
Dua pendaki yang sedang melakukan aktiviti menemui rangka tersebut pada 3 Ogos di glasier Chessjen berhampiran Saas Fee.
Analisis DNA mengesahkan bahawa rangka tersebut milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada bulan Julai 1971.
Pihak polis tempatan juga menyimpan semua nama pendaki yang hilang sejak tahun 1925.
“Glasier yang semakin mencair mungkin akan mendedahkan kepada penemuan lebih banyak pendaki gunung yang dilaporkan hilang sejak beberapa dekad lalu,” kata polis.