Hilangkan diri 6 bulan ingat sebab stress rupanya ada perempuan simpanan, wanita tangkap suami di lapangan terbang

Hilangkan diri 6 bulan ingat sebab stress rupanya ada perempuan simpanan, wanita tangkap suami di lapangan terbang. Hati mana yang tak remuk bila kepulangan suami selepas 6 bulan tak berjumpa, kantoi pula suami bawa perempuan lain pergi bercuti.

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Jolly Hong yang membuat pendedahan mengenai suaminya telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Jolly memaklumkan bahawa suaminya, Jackie Chua telah ‘menghilangkan diri’ selama 6 bulan.

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila dia ‘kembali’ daripada Bangkok dan dilihat berjalan sambil berpegangan tangan bersama seorang perempuan memakai baju ‘couple‘.

Dia abaikan anaknya, abaikan isterinya.

Malah, lebih mengecewakan apabila suaminya langsung tidak membuat panggilan video dan nombor telefonnya tidak dapat dihubungi selama 6 bulan tersebut.

Dia tak peduli langsung untuk bagi duit. Saya suri rumah sepenuh masa sejak mengandung saya tiada pendapatan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam lelaki itu dan memberi kata-kata semangat buat wanita tersebut.

Tampar dulu, bincang kemudian. Dasar lelaki sampah. – netizen.

“Bila orang dewasa buat kesalahan, yang paling menderita adalah anak,” tulis seorang pengguna Facebook.

Kepada lelaki kalau dah tak sayang, lepaskanlah dah bayar nafkah anak. Jangan hanya kahwin untuk puaskan nafsu sahaja. 

Baca Juga: Tak boleh terima hakikat lamaran ditolak, lelaki sembelih wanita depan universiti

Baca Juga: “Kenapa tak guna RM155 juta bina stesen bas Kota Bharu umpama kandang lembu itu?”