Himpunan RXZ Members 5.0 di Terengganu telah menyaksikan puluhan ribu motosikal Yamaha RX-Z hadir memeriahkan acara yang diadakan bagaimanapun ada dalam kalangan mereka ini sanggup redah kebun kelapa sawit bagi mengelakkan daripada sekatan jalan oleh polis.
Di sebalik minat yang tinggi serta sanggup meredah Yamaha RX-Z dalam jarak yang jauh semata-mata untuk hadir RX-Z Members 5.0.
Malah difahamkan terdapat peserta yang hadir tanpa berbekalkan motosikal mengikut spesifikasi yang lengkap dan selamat elak daripada sekatan polis.
Ada daripada mereka sanggup meredah kebun kelapa sawit yang ditunjuk oleh para orang kampung semata-mata mahu mengelakkan diri daripada sekatan jalan raya.
Hal ini telah membuatkan ratusan motosikal telah ditahan pihak polis serta disaman. Bukan itu sahaja, sekatan yang dibuat pihak polis telah membuatkan segelintir peserta sanggup meredah kebun kelapa sawit orang kampung asalkan tiba di Terengganu.
Sementara itu, penganjur program Himpunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus memohon maaf berhubung isu berbangkit melibatkan peserta dan pihak berkuasa sepanjang dua hari program itu diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Permohonan maaf itu dikemukakan melalui kenyataan rasmi dikeluarkan di laman sosial Facebook RXZ Members-Official pada petang Ahad.
Menurut kenyataan itu, apa yang berlaku itu adalah di luar jangkaan dan akan diperbaiki pada masa akan datang.
“Kami memohon maaf kepada seluruh RXZ Members yang hadir dengan penuh bersemangat sehingga sanggup berhabisan wang ringgit, masa, tenaga dan melakukan persediaan untuk sama-sama menjayakan himpunan ini.
“Kami juga memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tanpa disedari masih ada segelintir kecil yang tak sengaja gagal mengikut lunas undang-undang jalan raya,” katanya menerusi kenyataan itu.
Difahamkan, lebih 60,000 pengunjung hadir memeriahkan program RXZ Members 5.0 yang diadakan di negeri ini pada kali ini.
Program yang berlangsung selama dua hari itu telah memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.
Baca juga: Taktik penjual pujuk beli tiket berhasil, lelaki dari Pahang menang ‘jackpot’ RM28.8 Juta