Host Euro 2020 terima gurauan lucah, pakai seluar dalam atau tidak

Pengacara televisyen, Paolo Ferrari bukan saja dibandingkan dengan pelakon Hollywood, Sharon Stone malah ada juga peminat nakal yang membuat telahan ‘nakal’ sama ada dia memakai seluar dalam atau tidak ketika mengendalikan program Euro 2020.

Bagaimanapun, pengacara berusia 60 tahun itu mengakui bahawa dia bukannya teruk sangat sehingga tidak memakai seluar dalam ketika ke udara.

Ferrari, yang mengenakan gaun hitam, menjadi perhatian peminat terutama ketika mengubah kedudukan kakinya ketika duduk mengendalikan rancangan berkenaan.

“Ia menjadi tular, mereka lebih banyak menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) terhadap saya bukannya di atas padang bola sepak membabitkan perlawanan Euro.

“Memang ia berlaku (gurauan lucah) tapi tidak ada apa yang serius,” katanya yang turut menafikan bahawa mempunyai tatu di bahagian sulit seperti didakwa sebahagian penonton.

Mengenai perbandingannya dengan Sharon Stone, Ferrari mengakui sangat teruja dengan perkara itu dan tidak lupa adegan dalam filem Basic Instinct membabitkan pelakon berkenaan.

sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/720492/pengacara-seksi-euro-2020-terima-gurauan-lucah