Benarlah jika seorang lelaki itu mudah jatuh hati kepada rupa paras wanita walaupun tidak mengetahui dalaman seseorang wanita itu.
Namun, tidak bagi rakan wanita yang mengetahui segala luaran dan dalaman seseorang rakan itu lebih lebih lagi jika berkongsi kediaman yang sama.
Wanita ini menceritakan kisah pengalamannya bertemu dengan rakan serumah yang amat pengotor serta menguji kesabaran diri yang semakin menipis.
Salam semua, aku nak meluah kat sini. Aku dah penat sangat la nak hadap housemate aku sorang ni yang pemalas dan pengotor Ya Rabbi. Dia cantik sangat. Keluar rumah mekap ala ala mua pakai tudung macam 2 style siap keluar subang telinga dia yang boleh muat kaki aku ni. Tapi tula sangat-sangat pemalas dan pengotor.
Aku ketua rumah, dalam rumah ada 3 orang semuanya. Dia yang si pemalas tu orang ketiga duduk dalam rumah ni, orang kedua takde masalah. Dia yang dah 6 bulan duduk sini sikap dia langsung takde perubahan. Lepas masak dia biarkan je minyak ikan kat tepi tepi dapur.
Dalam sinki penuh dengan t4ik ikan dengan segala sampah. Lepas buat meggi dibiarkannya serbuk megi tumpah tak lap. Semenjak dia duduk sini semut semua dah banyak atas meja dapur kat dapur. Kalau tak sebelum ni nak nampak semut pun susah.
Tu tak kira lagi barang-barang aku yang dia pakai tanpa mintak izin. Lepas pakai dia basuh cincai macam tu je. Aku dah banyak kali sound dia tapi tak makan sound. Lagi dia jelingnya aku ada la. Tiap minggu dia basuhkan pakaian bf dia.
Dia rendam seluar jeans bf dia dalam bilik air sampai dah bau hapak giler dalam bilik air. Air pun sampai dah jadi warna coklat. Bila dia basuh ya Allah berbau satu rumah weyy. Masa dia sidai seluar tu aku nampak dia spray je seluar tu dengan minyak wangi dia sebab dah bau hapak.
Aku cakap dalam hati kesian bf dia dapat gf macam ni. Habis rosak semua pakaian dapat kat dia. Tiap minggu tau dia basuhkan seluar dan baju bf dia, jadi setiap minggu la berbau hapak dalam bilik air rumah ni sebab dia rendam terlalu lama.
Konon nak tunjuk rajin kat bf nak tolong basuhkan pakaian bf tapi sebenarnya pemalas. Barang-barang perkakas dapur aku macam oven, dapur, rice cooker, water heater, periuk, air fryer dan segala pinggan mangkuk aku semua warna pink brand hello kitty.
Yang mana tahu tu, tahu la berapa harga perkakas dapur brand hello kitty. Dia ingat harga cikai je kot sebab nampak macam mainan je warna pink. Tapi si dia pemalas tu boleh pulak pakai sesuka hati barang aku siap on suis 24 jam tak tutup lepas guna. Dah la guna tanpa minta izin.
Aku ada tulis zikir – zikir dan doa basuh beras dan zikir – zikir memasak aku tulis dengan tangan aku sendiri lepastu aku tampal kat dapur, boleh pulak dia vc dengan bf dia dia cakap dia yang tulis semua tu. Lepastu bf dia puji melambung la kat dia cakap dia bagus masak sambil zikir – zikir.
Aku tak kisah la nak berzikir tu bagus la tapi dia tipu bf dia tak perlu la kot, semata-mata nak dapat pujian. Dah 3 tahun aku tampal zikir – zikir tu tak pernah pulak aku bagitau tunang aku yang aku ada tampal zikir kat dapur.
Baru-baru ni tunang aku bertembung dengan bf dia kt depan rumah kitorang. Kebetulan kitorang sama-sama nak keluar. Tunang aku pakai H, yang bf dia pulak axia, boleh pulak housemate aku ni cakap depan bf dia macam ni, “hensemnya kereta macam tuan dia jugak,” terus berubah muka bf dia.
Ya Allah apa lagi la yang bf dia nak kat dia tu kalau dah per4ngai macam tu, dengan tak jaga hati langsung. Pelik aku. Haritu tunang aku datang rumah ambik aku naik RXZ, sekali dengan kawan-kawan dan adik dia naik RXZ.
Hari yang sama tu jugak aku dengar dia video call dengan bf dia dia, tengking bf dia semata-mata dia suruh bf dia beli RXZ.
Kau ingat harga RXZ tu bawah 10k ke. Ya Allah per4ngai macam budak-budak tapi umur dah 28 tahun. Lagi matang budak sewa sorang lagi ni yang baru umur 23 tahun.
Tunang aku, adik-adik dia dan kawan-kawan tunang aku kat depan rumah dengar ye, suara dia meng4muk dalam rumah terus dorang cakap, “gila ke apa perempuan tu?” Semua geleng kepala sebab dorang cakap teruk sangat per4ngai tengking – tengking orang macam tu.
Sampai semua orang terfikir macam mana la bf dia boleh tahan per4ngai dia. Lepastu aku cakap balik la sebab dia cantik sebab tu bf dia nak kat dia. Tunang aku dan kawan-k awan dia terus cakap balik, “perempuan yang pembersih dan menyenangkan tula betul- betul cantik, kalau cantik tapi tak pembersih dan tak menyenangkan tu bukan cantik.”
Banyak lagi yang nak bagitau termasuk kasut – kasut aku pun semua dia pakai padahal size kaki dia 6, size aku 4. Dia sumbat jugak kaki dia dalam kasut aku sampai rosak weii kasut aku. Beli mekap banyak-banyak boleh pulak tapi beli kasut tak mampu.
Hari-hari aku nangis aku mengadu kat tunang aku. Tunang aku cakap halau je dia. Korang rasa boleh ke halau orang macam ni?
Aku dengan tunang aku takde pengalaman nak halau orang. Setakat nak bayarkan balik deposit dia masa duduk dulu boleh je aku bayarkan balik. Aku dah penat sangat nak hadap per4ngai dia.
Balik kerja tengok dapur bersepah. Dalam bilik air bau hapak dia rendam pakaian seminggu lebih tak berbasuh basuh. Sampah dia sampai dah berulat, dia tak buang sampai ulat tu dah merayap – rayap kat dapur.
Aku tangkap gambar dapur lepas dia masak, barang-barang dapur dia macam senduk sudu pinggan semua lepas dia pakai tak pernah dia cuci sampai bersih mesti ada minyak dan ada bekas – bekas kotor yang melekat lagi.
Periuk dia, dia cuci cincai je terus sangkut. Bekas – bekas sambal ada lagi sampai berulat aku tunjuk kat tunang aku, sampai munt4h tunang aku memang geli siapa yang tengok. Aku dah tegur tapi tak jalan.
Tak dinafikan, dia memang cantik, pandai bergaya. Harap cantik je tapi pemalas dan pengotor tak guna jugak kan. Korang selidik la gf korang yang cantik-cantik tu.. Jangan tertipu. hahaha tapi tak semua la.
Baca juga: Tular wanita Palestin didakwa buat kecoh, siap baling selipar pada pengawal!