Kawan serumah adalah kawan yang tinggal bersama dengan kita. Menyewa bersama rakan serumah yang lain dapat menjimatkan kos sewa rumah dan kos-kos lain seperti bil.
Faktor seseorang itu tinggal bersama rakan serumah biasanya kerana bekerja jauh dari keluarga atau pun sedang belajar di universiti atau kolej berdekatan.
Mempunyai rakan serumah yang tidak banyak kerenah sangat menyeronokkan namun, jika banyak masalah timbul berpunca dari rakan dalam rumah memang boleh buat sakit kepala.
Seorang wanita telah berkongsi di aplikasi X yang dikenali sebagai Tasya, kisah housematenya yang suka mencuri barang-barang dalam rumah. Dia bertindak mendedahkan perkara tersebut kerana housemate yang dikenali sebagai Nurul Izzah itu enggan memberikan kerjasama.
Menceritakan semula detik kejadian, pada awalnya dia dan rakannya yang lain bernama, Fit mulai menyedari barang-barang mereka seperti disusun semula. Barang yang ditinggalkan juga tidak dalam posisi yang asal dan bekas baju juga kosong.
Lalu, mereka bertindak untuk menggeledah barang-barang dalam almari Nurul Izzah dan menjumpai barang-barang yang hilang.
Tasya juga menunjukkan bukti gambar-gambar Nurul Izzah menggunakan barangannya. Tasya cuba menghubungi Nurul Izzah namun, Izzah tidak mengendahkannya.
Since Noor Izzah binti Z******i refused to cooperate with us for days, I will spill the tea about her. The true definition housemate dari Neraka.
I hope your world burns after this. pic.twitter.com/UmkdnsE4pO
— tasya (@nuhtasya) September 26, 2023
Setelah dia mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis barulah Nurul Izzah setuju untuk membuat permohonan maaf namun, setelah berbincang mereka mahu Nurul Izzah untuk membayar ganti rugi.
Baca juga: “Saya dilahirkan sebagai perempuan jadi, mama benci saya. Dari kecik dimaki dan diludah itu biasa…”