Hukum lumba siput, terkejut dengar jawapan UAI

 Akaun TikTok milik Muhammad Aswat atau lebih dikenali sebagai @tansri_ash mencecah 40,000 pengikut dan siaran langsung menerima 5.7 juta tanda suka (likes) hanya sebab buat libe perlumbaan siput sedut.

.”Gara-gara dua siput sedut yang diletak atas meja seolah-olah mahu berlawan ketika siaran langsung di aplikasi TikTok, penonton dan pengikut akaun TikTok saya kini meningkat berlipat kali ganda.

“Dua hari lalu ketika bersiaran perlumbaan siput sedut ala Sukan Malaysia (Sukma) 2024, saya raih 5,700 penonton, diikuti kelmarin jumlah meningkat kepada 12,000 penonton,” kata Muhammad Aswat Azdha Idris seperti dilaporkan oleh Hmetro.

Dia bekerja sebagai pemandu pelancong dan menetap di Kampung Lubuk Chempadak, Pulau Tuba di sini.

Namun persoalan yang lebih besar, adakah boleh dalam agama islam buat perkara ini? Berikut merupakan jawapan Ustaz Azhar Idrus.

HUKUM LUMBA SIPUT

SOALAN :

Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan lumba siput yang mula diminati oleh setengah orang sehari dua ini?

JAWAPAN :

Bermula hukum asal bagi berlumba itu adalah harus ia samada yang berlumba itu manusia atau haiwan.

Akan tetapi jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram.

Berkata Imam Ibnu Al-Quddamah :

وَالْمُسَابَقَةُ عَلَى ضَرْبَيْنِ ؛ مُسَابَقَةٌ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، وَمُسَابَقَةٌ بِعِوَضٍ . فَأَمَّا الْمُسَابَقَةُ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، فَتَجُوزُ مُطْلَقًا مِنْ غَيْرِ تَقْيِيدٍ بِشَيْءٍ مُعَييَّنٍ

Artinya : “Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh. Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.” (Kitab Al-Mughni)

Dan lagi disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit.

Kesimpulannya perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan maka hukumnya tidaklah haram.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Baca: “Gaji suami tak banyak tapi suruh aku jadi surirumah, alasannya sebab dia suka nak ada anak ramai”