Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum bayar lagi, netizen dakwa Shuib masih culas bayar KWSP

Netizen mendakwa syarikat Bubble Bee yang diusahakan oleh Shuib belum membayar hutang Kumpulan Wang Simpanan Pekeraja (KWSP) dari tahun 2022 sampai 2023.

Seorang individu sama di TikTok yang pernah mendakwa Shuib telah culas membayar KWSP pekerja yang tertunggak sejak 2022.

Dalam video itu, individu terbabit turut memaparkan petikan peringatan jika seorang Muslim tidak melangsaikan hutang mereka.

“Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ni boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.

“Bahaya hutang. Perlu diingat bahawa ayat yg paling panjang dalam al-Quran adalah mengenai hutang. al-Baqarah, 282.

“Jangan ambil mudah biarpun sekecil mana pun hutang tersebut boleh menghalang anda untuk masuk syurga.

“Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT,” tulis pengguna Tiktok itu.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa individu yang dipercayai bekas pekerja Bubble Bee mendakwa syarikat itu masih belum melangsaikan KWSP mereka.

Selain itu, bekas pekerja turut berkongsi pengalaman pahit bekerja dengan Bubblebee selain mengutarakan isu kebajikan lain yang turut berlaku.

Terdahulu, Shuib menyatakan syarikatnya sedang melunaskan caruman KWSP pekerja yang tertunggak secara berperingkat.

Menurut laporan yang diterbitkan pada November tahun lalu, Shuib mendakwa isu terbabit sudah selesai yang mana kira-kira 300 pekerjanya sudah dimaklumkan mengenai pembayaran secara ansuran.

Hmm, harap Shuib ada penjelasan tentang dakwaan individu ini.

Baca juga: Tak tahu ia emas asli, kanak-kanak jumpa gelang emas RM10k dipulangkan balik