Sakit ditanggung, hutang pula makin naik. Selepas gagal bayar hutang, wanita dari Thailand ditampar dengan kulit durian. Tak cukup dengan sakit ditampar, hutangnya turut dinaikkan ‘Ah Long’.
Wanita tersebut dikatakan meminjam wang bernilai sekitar RM2,451 (20,000 baht) bersama rakannya daripada seorang ‘Ah Long’ pada tahun 2021 menurut laporan Msnews.
Tak dapat bayar sebab pandemik
Difahamkan, dia membayar hutangnya secara ansuran tetapi terlepas beberapa bayaran yang telah dijadualkan akibat perniagaan yang merudum kerana pandemik Covid-19.
Disebabkan mempunyai tunggakan hutang, wanita berkenaan dan rakannya diugut serta rumah mereka diserang oleh pemungut hutang.
Naikkan jumlah pembayaran
Selain itu, si pemungut hutang memberikan jalan penyelesaian dengan meningkatkan jumlah hutang menyebabkan dia dan rakannya terpaksa membayar sebanyak 700,000 baht (RM85,817).
Lebih menyedihkan rakannya yang juga berhutang itu bertindak untuk menyembunyikan dirinya sehingga hanya wanita itu yang diserang tanpa ada bantuan di sekelilingnya.
Wanita itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Mueng Lamphun, namun mendakwa bahawa tiada sebarang tindakan diambil dan masih diugut sehingga sekarang.
Mungkin lepas selesai kes ini, wanita tersebut boleh tampar pula rakannya dengan kulit durian. Hutang bersama, kena pukul pun kena bersama.
Baca Juga: Mahu hukuman gantung disiarkan secara lansung di televisyen, balasan lelaki sembelih rakan
Baca Juga: Masyarakat awam perlu tahu apa kesan daripada pindaan Perkara 49A