Ibarat mimpi jadi kenyataan, rumah agam Barbie kini boleh disewa!

Pasti semua kanak kanak perempuan mengenali apa itu Barbie bukan? Figura Barbie ini begitu besar sehingga ramai kanak-kanak menyukai warna tema Barbie iaitu pink.

Dari kartun ke patung dan juga alat mainan pasti semuanya menjadi idaman peminat Barbie.

Kini, anda boleh merasai pengalaman untuk tinggal di rumah Agam Barbie namun ianya agak terhad.

Rumah agam Barbie ini bakal menjadikan kekasih Barbie iaitu Ken sebagai tuan rumah. Watak Ken ini juga dibawakan oleh pelakon terkenal Ryan Gosling.

Selain Ryan Gosling, filem komedi musim panas ini juga dibintangi oleh Margot Robbie yang menjadi membawa watak utama, Barbie.

Mereka menjemput semua orang di ‘Barbie Land’ (peminat Barbie) untuk turut serta bagi mendapatkan peluang memenangi penginapan satu malam di rumah agam mewahnya yang terletak di Malibu.

Sumber: Barbie

“Kita semua mempunyai impian, dan Barbie cukup bertuah kerana mempunyai rumah yang penuh impian.

“Tetapi sekarang, giliran saya, dan saya tidak sabar untuk menerima tetamu di dalam rumah yang unik ini,” kata Ken.

Bermula 17 April 2023 jam 10 pagi(waktu pasifik), kediaman mewah ini boleh ditempah oleh sesiapa sahaja.

Apa yang menarik, syarikat itu akan memilih empat orang tetamu yang bertuah untuk bermalam di vila tepi laut Malibu secara percuma pada 21 dan 22 julai.

Ini bukan kali pertama Malibu Dreamhouse Barbie muncul di Airbnb.

Pada tahun 2019, rumah agam itu boleh disewa pada harga RM280 semalam.

Penyenaraian Airbnb terbaharu untuk Barbie’s Malibu Dreamhouse hanyalah satu kempen pemasaran teguh yang dilancarkan oleh Warner Bros. dan Mattel menjelang tayangan Barbie.

Baca juga: Jumpa muntah paus bernilai RM1.3 juta, nelayan ini jadi jutawan segera