Ibu bapa kejam! Pukul anak angkat berusia 4 tahun guna penyapu sebab enggan makan nasi

Ibu bapa kejam! Anak angkat berusia 4 tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, penyapu selain dicucuh dengan pemetik api hanya kerana enggan makan nasi. Itulah tindakan kejam yang dilakukan oleh sepasang suami isteri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki pada 12.40 tengah malam lapor Harian Metro.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 18 Julai lalu di sebuah rumah di Taman Perumahan di Beranang. Mangsa adalah anak angkat kepada suami isteri itu yang dicederakan atau didera pasangan terbabit.

Baca Artikel Penuh