Anak berhajat untuk membuat korban kepada kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan soalan ini kebanyakkannya datang daripada perempuan mungkin nak berbuat bakti kepada arwah ibu bapanya.
Daripada video di TikTok milik Dato Syeikh Ahmad Faisol Omar yang juga seorang Kadi Daerah Kota Setar, Kedah menerangkan sama ada si anak boleh atau tidak melaksanakan ibadah korban kepada arwah iaitu ayah dan ibunya.
Syeikh Ahmad Faisol memberitahu jawapannya mudah sahaja ibadah korban untuk ibu bapa telah mati boleh jika mereka berwasiat.
Contohnya “ayah kata…kalau ayah tak dan (sempat) raya haji ini tolong buat korban untuk ayah”. Maka ini adalah wasiat justeru orang yang diwasiatkan itu bolehlah buat korban.
Tetapi jika tidak berwasiat maka tidak boleh buat korban untuk mak ayah kita yang telah mati.
Jika mak ayah kita berwasiat maka kita buat ia adalah sah. Kena ingat segala daging korban dan kelengkapan segala hati, limpa, tulang, kulit dan semuanya tidak boleh diambil manfaat oleh pelaksana wasiat.
Sebaiknya hendaklah disedekahkan semuanya sikit pun kita tak boleh ambil wajib disedekahkan. Apa alasannya kerana kita tidak dapat kebenaran daripada orang itu, si mati.
Dia sudah mati macam mana kita nak minta kebenaran. Maka wajiblah kita sedekahkan kesemuanya.
Bagaimanapun jika sekiranya kita hendak buat juga ibadah korban untuk arwah ibu dan ayah, ada caranya.
Syeikh Ahmad Faisol turut menerangkan si anak boleh melakukan korban iaitu, selepas selesai korban itu maka dia niatkan hadiah pahala korbannya itu kepada ibu dan ayahnya telah mati.
Contohnya daging korban diedarkan semuanya kepada penerima fakir miskin maka dia niat dalam hati ‘ya Allah ku hadiahkan pahala ibadah korban ini kepada ayahku atau kepada ibuku’, maka itulah adalah sah.
Baca juga: Musim panas lelaki ini boleh dapat RM13K sebulan hanya jual cicak tokek ke China