‘Ibu bapa tidak semuanya kerja bagus duit kepok-kepok’- Andrea bidas sekolah buat majlis graduasi di hotel lima bintang

Pelakon Andrea Abdullah membidas pihak sekolah yang membuat majlis graduasi di hotel lima bintang yang menelan belanja yang begitu besar.

Bahkan boleh dikatakan ia bagai satu trend apabila pihak sekolah mengadakan majlis graduasi pelajar dengan majlis makan malam yang setaraf dengan orang bekerja di hotel.

Bagi Andrea ianya satu perkara yang merepek kerana pastinya pelajar dan ibu bapa terpaksa membayar amaun yang ditetapkan.

@adreaabdul

Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil

♬ original sound – Adrea Abdul – Adrea Abdul

katanya, tindakan tersebut seolah-olah memaksa ibu bapa untuk membayar mahal, harga yang biasanya dikenakan adalah RM150 hingga RM200 untuk tujuan berkenaan.

“Eh apa ini? Kalau RM15 atau RM20 boleh terima lagi tapi RM150, RM200, itu untuk pelajar saja. Kalau ibu nak datang, kena tambah lagi RM150. Kalau dua-dua (ibu bapa) nak datang tambah lagi RM150.”

“Jadi kalau anak RM200, ibu bapa dah RM300, dah RM500 tahu? Takkanlah bayar untuk anak saja, keluarga tak datang, nanti apa pula orang kata. Kenapa bapa tak datang? Kenapa mak tak datang? Kasihan budak ini.”

Malah, Andrea turut mempertikaikan tindakan guru yang memilih mengadakan majlis berkenaan di hotel lima bintang yang seolah-olah mahu menunjukkan sesebuah sekolah itu bertaraf mewah dan hebat di media sosial.

“Kena fikirlah ibu bapa tak semuanya mampu dan tidak semuanya kerja bagus. Yang kedua, ibu bapa mungkin ada ramai anak dan komitmen banyak. Mana boleh nak keluar duit macam itu saja.”

“Kalau anak lima orang macam mana? Nak keluarkan RM2,500 untuk hari graduasi setiap tahun? Itu tak masuk akal. Bagi saya seolah-olah menganiaya ibu bapa. Peras ugut emosi, kalau mereka tak bayar kasihan anak-anak.”

“Malah, siap ada kumpulan WhatsApp dan di situ disertakan lengkap (maklumat). Tidakkah ibu bapa yang tak mampu bayar rasa tertekan?” katanya menerusi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Andrea ketika dihubungi pihak Harian Metro menjelaskan bahawa situasi ini berlaku kepada adiknya dan dia pernah berbicara mengenai isu ini kepada beberapa rakan yang menghadapi isu sama.

“Ada keluarga yang banyak hutang akibat Covid-19 sebelum ini. Ada juga yang anak ramai. Jadi, mana mereka nak bayar untuk benda yang nak kena bayar dengan harga ini?”

“Beratus-ratus yang tak masuk akal, jadi keluhan yang sangat berat untuk ibu bapa. Macam-macam tekanan yang akan berlaku. Perkara ini tak wajar berlaku pun.”

Andrea turut membandingkan zamannya yang hanya lakukan majlis di sekolah dan ia elok sahaja tiada masalah. Kata-kata Andrea ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang ada di antaranya melalui masalah yang serupa.

Baca juga: ‘Kaya macam Ismet Ulam Raja’-Ini adalah 71 harta yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin