Curang ini bukan hanya mendatangkan kesan kepada pasangan tapi juga buat anak yang terpalit dalam isu tersebut.
Apatah lagi anak menjadi saksi semua pergaduhan yang berlaku dalam rumah hingga akhirnya memberi kesan kepada mental mereka.
Buat wanita ini, Fatin (bukan nama sebenar) menjadi saksi curangnya seorang ibu dan kesetiaan si ayah.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Ibu dengan ayah aku akhir-akhir ni asyik gaduh je. Mesti ada sahaja benda yang tak kena. Walaupun benda kecil pun nak digaduhkan.
Bila dah besar ni, aku perasan sangat ibu dengan ayah aku tak macam dulu. Aku tak tahulah sama ada hubungan ibu dengan ayah aku memang dari dulu macam ni.
Tapi aku yang tak perasan sebab aku kecil lagi atau akhir ni baru berubah. Ibu sekarang asyik melekat dengan telefon. Aku pernah terfikir nak buka tapi takut.
Aku takut yang kalau aku nampak sesuatu yang boleh buatkan aku benci kat ibu aku. Aku tak nak ada perasaan benci tu. Jadi aku pendam dan buat tak nampak perubahan ibu aku.
Dulu password phone dia semua kita orang tahu. Tapi sekarang nak pegang phone dia pun susah. Bila nak balas WhatsApp, selalu sorok-sorok.
Paling aku perasan kalau dalam kereta. Ibu akan duduk depan, ayah memandu. Aku akan duduk belakang ayah, so memang akan nampak phone ibu kalau ibu ws.
Tapi kalau ada ws masuk, dia akan pandang belakang dulu, untuk pastikan aku tak pandang dia.
Kemudian, dia sengetkan badan dan balas mesej. Aku buat tak nampak semua tu, tapi sebenarnya aku perasan je.
Ayah aku kerja malam, jadi bila malam memang ibu akan tidur seorang diri.
Aku tidur bilik aku sendiri. Bila adik aku balik dari asrama, kadang-kadan malam mereka akan senyap-senyap masuk bilik ibu sebab bilik ibu ada aircond.
Tapi ibu punya melenting tak payah cakap. Dia bebel bila adik aku masuk.
Tapi bila adik aku cakap, mereka masuk sbb bilik panas, ibu kasi juga masuk bilik dia tapi dengan syarat lepas pukul 12 malam.
Kalau korang tak rasa pelik ke? Apa yang dia buat sampai pukul 12 baru nak kasi adik-adik aku masuk?
Aku syak ibu aku cakap telefon dengan orang lain. Tu je. Sebab kalau kat kampung, aku akan tidur dengan ibu.
Tapi ibu mesti akan suruh aku pakai earphone. Alasan dia, aku punya phone bising dia tak suka dengar.
Tapi ada satu hari tu, aku pakai je earphone, tapi aku tak pasang lagu pun. Saja nak tahu asal ibu beria sangat nak suruh aku pakai earphone.
Memang sah ibu call seseorang. Tapi suara dia halus gila, macam cakap sorok-sorok.
Kantoi dengan ayah
Actually ibu pernah kantoi curang dengan ayah aku. Tapi benda ni antara ibu dengan ayah aku je. Adik-adik semua tak tahu.
Semua ingat aku pun tak tahu, tapi sebenarnya aku tahu. Sebab masa kantoi tu, kami tengah bercuti dengan family ibu aku.
Kita orang dapat satu bilik. And masa tu time subuh. Aku ni jenis memang akan bangun subuh tanpa perlu alarm.
So hari tu, aku terbangun macam biasa, tapi aku dengar ayah aku mengucap panjang.
Rupanya ayah aku terbaca ws ibu aku dengan laki lain. Suara ayah time tu betul-betul sebak, macam tak percaya isteri yang susah senang dengan dia selama ni buat dia macam tu.
Ibu aku minta maaf banyak kali. Aku time tu hanya pura-pura tidur, nangis dalam selimut. Rupanya selama ni sangkaan aku betul.
Aku sendiri tak sangka ibu aku macam tu. Yang lagi buat aku sedih, siang hari tu, ayah buat macam tak ada apa jadi.
Layan ibu aku macam biasa, gelak-gelak, layan kita orang, macam tak ada apa-apa. Aku pula yang emo sepanjang haritu.
Tapi lepas balik dari bercuti tu, aku perasan ayah aku macam tak tentu arah.
Suruh aku check fb ibu aku, suruh aku check insta ibu aku, siapa followers dia, siapa following dia. Dah macam orang gila.
Aku kesian gila dengan ayah aku. Aku tahu ayah kecewa, tapi dia tak boleh nak mengadu kat anak-anak dia, sebab ibu tu ibu kami. Ayah mesti tak nak kami fikir buruk pasal ibu kami.
Ayah tak mahu kahwin lain
Ada satu hari, aku keluar makan berdua je dengan ayah aku, dan aku tiba-tiba tanya ayah aku. “Ayah, apa kata ayah kahwin lain.”
Ayah aku terkejut dengar aku cakap macam tu. Ayah aku cakap, dia tak akan cari perempuan lain.
Ibu lah satu-satunya perempuan dalam hidup dia, yang susah senang dengan dia. Takkan ada perempuan lain.
Masa tu memang dah bergenang air mata aku. Alangkah bagusnya kalau ibu tahu semua ni. Sekarang aku perasan, ayah dah berubah sikit. Ayah dah jadi baran.
Ayah mula berubah
Apa yang ibu aku buat serba tak kena. Sebab ibu dah mula asyik dengan telefon dia je. Buat itu salah, buat ini salah.
Kadang aku pun stress dengan ayah aku. Ada je benda yang salahnya. Sampai ibu aku sakit pun dia nak marah-marah.
Entah lah. Sekarang aku kesian pula dengan ibu aku. Ada laki pun, laki layan macam tu. Aku tak tahu apa nak jadi dengan family aku.
Aku paling kesian dengan adik bongsu aku. Sebab harini dia cakap dia tak sabar nak balik asrama, dah tak payah hadap ibu dengan ayah asyik gaduh je.
Aku sebagai akak, aku terkesan dengan kata-kata adik aku. Sebab dia membesar dengan hubungan ibu dan ayah aku macam ni.
Dia jadi tak gembira bila balik rumah, dan aku takut adik aku membesar tanpa rasa syurganya rumah ni.
Kadang aku terpikir nak keluar dari rumah ni dan angkut adik-adik aku. Biar aku tanggung dorang.
Lagi extreme lagi, aku ada terpikir nak suruh ibu dengan ayah aku cerai je kalau masing-masing dah tak happy.
Kalau aku anak tunggal, dah lama aku suruh dorang cerai. Tapi aku pikirkan adik-adik aku, aku maybe okay kalau ibu ayah cerai, tapi mereka mesti sedih.
Baca juga: “Semua benda mertua nak masuk campur, aku sampai gugur anak first sebab terlampau stress”