“Ibu pesan lagi apa pun jadi dia mahu majlis perkahwinan kami diteruskan”- Ubai sebak ibu titip pesanan terakhir sebelum ditidurkan

Tunang kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25 sebak apabila ibunya menitipkan pesanan terakhir sebelum ditidurkan.

Ibunya, Rohani Jamal ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk mengurangkan rasa sakit akibat penyakit kanser ovari tahap tiga.

“Ibu ditidurkan bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggung. Semalam sebelum dia ditidurkan, dia pesan suruh saya menjaga diri dan adik dengan baik.

“Malah ibu pesan lagi apa pun jadi pada dia…dia mahu majlis perkahwinan kami perlu diteruskan seperti dirancang. Saya sedih dan menangis bila dia berkata begitu.

“Saya paling rapat dengan ibu, jadi kami banyak berkongsi cerita bersama. Lagipun, dia orang paling teruja dan gembira bila dapat tahu saya dan Shila hendak berkahwin,” ujarnya.

Pempengaruh itu berkongsi bahawa dia sedang bergelut dalam menjaga ibunya di hospital dan juga menyiapkan persiapan perkahwinan.

“Mental saya juga terganggu.. saya jadi ‘lost’… majlis pun semakin dekat dan lihat keadaan ibu begini.

“Saya harap ibu kuat dan dapat melawan penyakit. Doktor juga beritahu akan melakukan yang terbaik untuk kesihatan ibunya,” katanya lagi.

Ibunya pernah menjalani pembedahan membuang ovari disebabkan penyakitnya namun pada Julai lalu dikejarkan ke hospital kerana pendarahan.

Baca juga: Dalam diam duduk bawah badan, pengasuh terkejut ular tedung menyelinap masuk bawah baju anak asuhan