Ibu sanggup ‘campak’ anak 10 tahun di pusat kebajikan, alasannya sebab ‘dah nak kahwin baru’ buat netizen meradang

Siapa yang tak sayang anak bukan?

Namun, viral kisah seorang ibu yang ingin menghantar anaknya ke pusat kebajikan disebabkan dirinya yang mahu bernikah baru.

Menurut Kak Cha dari Rumah Kebajikan An-Naafi, wanita yang merupakan ibu tunggal berhasrat melepaskan tanggungjawab terhadap anaknya yang berusia 10 tahun kerana dia bercadang untuk berkahwin lagi pada bulan depan.

“Kak Cha dapat panggilan pagi-pagi. Kak Cha mohon maaf dulu kalau mengguris hati sesiapa. Dia cakap nak hantar anak. Kak Cha tanyalah, anak umur berapa? Dia kata 10 tahun, maknanya darjah empat.

@annaafikids_kakcha

Anak ni sampai mati dengan kita , jadi jangan lah kerana pasangan hidup yang baru kita sanggub hantar anak kita benih kita dek nak menjaga hati pasangan baru #anakasnaf #fyp #anaktetaplahanakselamanya

♬ original sound – Rumah Kebajikan An-Naafi – Rumah Kebajikan An-Naafi
Tiktok

“Apa tujuan hantar? Dia kata bulan Januari dah nak nikah baru. Masalahnya bakal suami tak suka dengan anak, sebab dia cakap bukan benih dia. Dan macam biasalah, budak-budak nakal. Bakal suami tak suka,” imbas Kak Cha.

Menerusi perkongsian terperinci di TikTok, Kak Cha menyatakan bahawa dia telah memberikan pesanan kepada wanita tersebut, menasihati agar tidak mengabaikan anaknya demi cinta terhadap seorang lelaki yang belum tentu setia hingga ke akhir hayat.

Pada akhir panggilan telefon, Kak Cha juga memberitahu bahawa dia terpaksa menolak permohonan wanita yang ingin menempatkan anaknya di rumah kebajikan atas sebab tersebut.

“Saya tanya, puan bekerja ke? Dia kata kerja. Lepas kahwin pun kena kerja, sebab sekarang kos hidup tinggi. Saya kata macam ni la ya, suami ni boleh tukar ganti, boleh kahwin lain. Anak ni sampai kita mati pun tetap anak kita, doa dia sampai untuk kita.

“Kenapa pilih kahwin lain dan hantar ke pusat jagaan atau rumah kebajikan? Sedangkan kahwin esok kau kena kerja juga. Tak ada pun kata laki tu tanggung sepenuhnya. Bakal suami kena terima la kau tu janda, kena terima yang kau ada anak.

“Ini benih awak yang awak kandung sembilan bulan 10 hari, bawa perut kehulu-kehilir. Ke mana naluri seorang ibu? Kak Cha terus cakap Kak Cha tak boleh terima. Belajarlah pilih anak dalam setiap hal,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Kak Cha juga memberikan pesanan pedas kepada ibu bapa yang menonton video tersebut dan mengingatkan mereka untuk menghargai anak masing-masing kerana setiap daripada kita akan meningkat usia satu hari nanti.

“Betul, kadang-kadang anak ni nakal. Mana ada budak tak nakal. Kau kecil nakal, aku kecil pun dulu nakal. Cuma anak sekarang mungkin lebih berbeza. Kadang anak memberontak, dah kau lebihkan orang lain, lebihkan bakal suami.

“Suami tu belum tentu lagi dia akan setia. Esok kau tua, dia kahwin lain. Siapa jaga kau? Esok kau cakap anak derhaka. Tapi kita sebagai ibu bapa, kita dulu dah derhaka kat anak kita. Jangan ingat anak je boleh derhaka.

Baca juga: Premis tawar khidmat tampar pelanggan, ramai teruja mahu cuba pengalaman luar biasa